Tanggal
11 May 2015, merupakan hari pertama Syakirah dan Irfan masuk ke Taska Litte Star Playschool di Taman Hartamas, Telipok Sabah. Aku menghantar Syakirah dan Irfan
seminggu lebih awal dari tarikh aku sepatutnya melaporkan diri di Pejabat baru
di kawasan KKIP. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Tidak aku terfikir satu
hari nanti aku akan kembali bekerja, Begitu cantik perancangan dan ketentuan
Allah. Hampir 3 tahun menjadi suri rumah tangga. Menumpukan sepenuh perhatian
kepada keluarga dan anak-anak yang masih kecil dan tidak tahu apa.
ALHAMDULILLAH.
Berbalik
kepada kisah tadi, buat pertama kali aku berjauhan dengan Syakirah dan Irfan.
Pertama kali menghantar Syasya dan Irfan, aku bersendirian memandangkan suami
outstation di Sarawak. Si kakak dan adik meraung sekuatnya. Aduh luruh hati.
Sejak dari bayi asyik melekat dibadan. Semua benda sekecil-kecil perkara di
laporkan kepada aku, tetapi kini mereka pertama kali di bawah penjagaan
pengasuh yang tidak mereka kenali. Mungkin baik mahupun garang, tegas ataupun
penyayang.. Aku berserah segalanya kepada Allah, kerana apapun ini lah taska
terbaik. Dengan jarak yang dekat dengan rumah dan pejabat. Harga yang diberikan
pun berpatutan. RM550 bagi dua orang anak.
Alhamdulillah.
Balik
ke rumah.Kosong. Pertama kali sejak tiga tahun aku berasa sangat kosong dan
sunyi. Aku baring di katil dan berpusing-pusing..Hahaha..Ya Allah terasa ringan
sedikit. Sudah lama aku tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Bagi seorang
surirumah seperti aku, setiap hari sangat sibuk. Dari mula membuka mata,
pelbagai perancangan perlu aku atur dan siapkan sambil menjaga anak-anak. Bukan
mudah.Orang ramai sering beranggapan menjadi surirumah agak senang. Menjaga
anak, memasak, mencuci pakaian, menjemur pakaian dan sebagainya. Terlalu banyak
untuk disenaraikan. Tetapi setiap perincian tugas, tiada siapa yang tahu.
Karenah anak-anak, masalah-masalah berbangkit dan kerja yang berterusan. Masa
sangat terhad dan surirumah pun perlu masa berehat.
Pada
hari ini merupakan bulan ke-empat Syasya dan Irfan ke taska. Aku lihat, mereka
agak serasi dengan pengasuh di sana. Teacher Jack, Princher dan Teacher Ann.
Aku cuba merapatkan diri dengan pengasuh di taska supaya senang untuk aku
memantau keadaan mereka di sekolah. Ada satu ketika, di minggu ketiga mereka di
sana aku perasan anak-anak sering mendapat gigitan nyamuk. Aku menghubungi
pengusaha taska dan berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Syakirah dan Irfan mempunyai kulit yang sensetif. Jarang sekali mereka digigit
serangga, nyamuk mahupun semut di rumah kerana aku sentiasa memastikan
persekitaran rumah bersih dan terjaga. Walaubagaimanpun, aku perlu bertolak
ansur dengan keadaan taska, dan bilangan pelajar mereka. Aku pasti, mereka akan
cuba memastikan persekitaran yang selesa untuk anak-anak di bawah jagaan
mereka. Alhamdulillah. Penguasaha taska mengambil tindakan. Aku lihat, selepas
teguran dibuat, kurang sudah lebam-lebam gigitan serangga pada Irfan
terutamnya.
Sejak
bersekolah aku lihat Irfan makin nakal..Dia suka menendang, mengolok aku dan
kakak Syasya, dan semakin panjang akal.Ada sahaja perangainya yang cuba untuk menyakat si kakak. Kadang-kadang, Irfan sengaja berdiri di depan TV sementara Syakirah tengah kusyuk menonton kartun. Pada masa yang lain, dia sentiasa berebut permainan dan buku yang di ambil Syakirah. Dan paling penting, dia sentiasa ingin aku fokus pada dia seorang. Kesian Syakirah, kakak yang banyak mengalah. Walaupun kadang-kadang Syakirah pandai meletup dan memberontak. Irfan pun sudah setahun sepuluh bulan. Cakap pun makin petah. Setiap permintaan nya perlu dipenuhi serta merta
atau dia akan merengek dan menendang. Irfan sekarang selalu memukul-mukul kecil
badan aku, walaupun perlahan tetapi konsisten menyebabkan aku rasa lenguh dan
akhirnya bertukar marah. Walaubagaimanapun, aku cuba menasihat Irfan agak lebih
bersabar dan cuba sebaik yang mungkin untuk memberitahu apa yang diingininya.
Kerana, kadang-kadang aku tidak faham.
Sebaliknya Syakirah seorang yang disayangi di sekolah. Teacher Jack memaklumkan kepada aku, Syasha sentiasa mendapat keistimewaan kerana, dia sentiasa menasihati kawan-kawan di sekolah.
”Dengar cakap teacher, nanti teacher marah”.
"Kita mesti kongsi mainan, kalau main sama-sama kita happy" dan banyak lagi.
Begitulah nasihat yang sering aku beri kepada Syakirah di rumah. Dan sekarang dia pula menasihati adik dan rakan sebaya.Haha..Kecil-kecil sudah jadi seperti pengawas. Tahniah Syakirah, semoga besar nanti akan jadi seorang yang solehah dan berguna dalam masyarakat. Begitu juga harapan Ibu kepada Irfan, semoga besar nanti jadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
Sebaliknya Syakirah seorang yang disayangi di sekolah. Teacher Jack memaklumkan kepada aku, Syasha sentiasa mendapat keistimewaan kerana, dia sentiasa menasihati kawan-kawan di sekolah.
”Dengar cakap teacher, nanti teacher marah”.
"Kita mesti kongsi mainan, kalau main sama-sama kita happy" dan banyak lagi.
Begitulah nasihat yang sering aku beri kepada Syakirah di rumah. Dan sekarang dia pula menasihati adik dan rakan sebaya.Haha..Kecil-kecil sudah jadi seperti pengawas. Tahniah Syakirah, semoga besar nanti akan jadi seorang yang solehah dan berguna dalam masyarakat. Begitu juga harapan Ibu kepada Irfan, semoga besar nanti jadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
AMIN