Pernah orang bertanya padaku, apala awak buat kat rumah sepanjang hari??Sabar je la..ingat senang ke nak buat keja sambil mendukung anak..Memasak sambil anak sibuk pungut apa-apa benda yang kotor pada lantai..Nak pergi tandas pun susah oohh..PERCAYA la..
Teringat, masa kerja pejabat dulu..pagi2 breakfast dengan kawan2 dulu..Jam 8 baru di meja masing2..kalau penat kerja, boleh merayau ke tempat kawan kejap, borak2.. Tapi, sekarang aku sudah tiada teman bercakap, kecuali pada suami dan anak ku.Tiada masa rehat kerana anakku masih kecil perlukan perhatianku sentiasa..Mesti orang fikir, takkan itupon stress? Memang stress kalau kita duduk rumah sepanjang hari, kadang2 seminggu tak keluar..asyik buat benda yang sama..Memasak, jaga anak, layan anak, tengok tv, baca facebook, layari internet..Its rotating, macam takda cabaran hidup..

Tetiba rasa keyakinan diri hilang, rasa tiada panduan hidup, rasa binggung, macam stress yang teramat sangat..Begitulah yang aku rasakan sekarang ini..Nasibla suami ku memahami, banyak bersabar dengan ku..Aku masih dalam proses menyesuaikan diri, semoga lama kelamaan aku dapat menerima hakikat yang kini aku bergelar PENGANGGUR TERHORMAT
No comments:
Post a Comment