Monday 1 July 2013

Diari kehamilan - Minggu 20

Hari ni, 25 Jun 2013, Aku berklinik di Klinik Ibu dan Anak Kg.Likas..Berbanding Klinik di Kota Kinabalu, jururawat, dan pengurusan klinik disini lebih baik dan klinik pun lebih bersih..Masa kehamilan pertama ku aku memang berklinik di sini jugak :-)


                                                                   Gambar terkini 20weeks-berat 65.8kg (naik 6.8kg)

Masuk minggu 20, morning sickness ku mula hilang, aku sudah boleh masak dan buat kerja rumah..Tapi, terus terang kehamilan kali ni, aku lebih liat dan malas buat kerja..He..Ntah la pembawaan budak atau memang aku malas nak bergerak memandangkan perut dah makin membuyut ke depan.Tapi, aku berusaha sedaya yang boleh untuk memasak kalau tidak kelaparan si kecil Kira, dan ayahnya..

Memandangkan aku sudah menjadi surirumah sepenuh masa, banyak aktiviti ku isi dengan membuat kerja rumah, memasak, mencuba resepi baru,menjaga anakku Nur Syakirah, yang kini masuk 1tahun 1 bulan..Walaupun nampak remeh, tetapi menjaga budak kecil bukan semudah yang disangka, dan sangat memerlukan kesabaran dan perhatian dari ku..Sekarang dalam proses mengajar Syakirah untuk berak dan kecing di tandas..Tapi agak sukar kerana dia belum pandai bercakap lagi..So, pelan2 la *_*