Sunday 20 April 2014

Quinny Zapp Extra 1


Memandangkan famili member dah bertambah,aku dan suami telah membeli stroller baru untuk kegunaan anak-anak kami..Sebelum ni kami hanya menggunakan stroller biasa yang hanya berharga RM145.Pada ketika itu,Syakirah lebih kurang 3-4bulan..Alhamdulillah sudah genap 2 tahun stroller Syakirah. Kami masih gunakan kerana keadaan masih elok dan berfungsi dengan baik :-)

Quinny Zapp ni kami beli dengan harga RM1099. Buat waktu ini, harga Quinny ni agak murah kerana percuma postage ke Sarawak :-) Ada duit lebih sikit, jadi kami invest dengan membeli stroller ini yang lebih selesa dan berkualiti. InsyaAllah boleh diturunkan kepada anak-anak kami yang seterusnya..:-)



















Saturday 19 April 2014

Perkembangan Irfan

17 April 2014

Terkejut nampak irfan mula mengangkat punggung dan cuba mengengsot ke depan. Sudah seminggu Irfan pandai bergolek ke kiri kanan dengan cepat. Nampak gaya, hujung minggu ini kami akan menolak katil ke dinding!!!





19 April 2014

Irfan mula belajar duduk. Macam terasa cepat perkembangan Irfan..Setiap hari aku nampak ada saja benda baru dia belajar :-)





Wednesday 9 April 2014

Susu badan yang merosot !!

Sejak kebelakangan ni aku seperti mudah letih..Bila letih pulak yang kesiannya anak -anak..Iyalah aku jadi senang rimas dan cepat marah..Sampai pada satu tahap,aku terasa ingin pitam dan segera menelefon suami agar cepat balik; sebab tak larat menjaga budak budak..Aku tahu aku perlu berehat..

Alkisahnya,aku pun mencuba minuman 3 in 1 Super Power Kacip Fatimah.Hari pertama minum, wow memang memberi tenaga..Aku ni susah dapat rehat kalau di rumah..Boleh tunggang terbalik dengan syakirah yang suka memanjat- main lompat lompat ,menconteng,Irfan lagi yang tak suka dibiarkan baring..Irfan pun nak main-main jugak macam si kakak..So,aku lah yang kena pegang sepanjang masa.

Hari kedua minum,aku perasan susu badan ku berkurang!! Waa sudahla aku tak pandai direct breastfeed..Pam pun 2-3 sesi hanya dapat 90ml sahaja!! Ini pertama kali berlaku..Aku bincang dengan suami tentang hal ini. Azlan masih bagi sokongan 100% bagi penyusuan susu ibu pada Irfan dan dia mencadangkan aku agar menambah kekerapan sesi mengepam setiap 3 jam..Sebabnya sebelum ini aku pam setiap 6jam aku boleh dapat dalam 200ml !!

Menambah masa mengepam tidak membantuku  untuk menambah susu badan. So aku membuat keputusan untuk membuat Power Pumping pada malam itu! 

Aku juga membaca sebab-sebab  kurangnya susu badan dan aku dapati Sejak pengambilan minuman Super Power kacip Fatimah susu badan mula berkurang.. Ini kerana,Kacip fatimah membantu menaikkan hormon estrogen wanita yang menyebabkan kurangnya penghasilan susu .

Wah,begitu teruk kesannya dalam penghasilan susu badan.walhal aku memang penggemar minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.. Selepas aku berjaya mengenalpasti punca kemerosotan susu badan,aku terus tidak minum minuman tersebut lagi. apa yangenggembirakan 1 hari selepas kejadian tersebut,susu badan ku banyak seperti biasa :-)

Sekarang untuk memberi ku tenaga dan nutrisi yang diperlukan aku mula menghabiskan multivitamin azlan yang banyak di rumah. Alahamdulillah,aku mula nampak kesam positif dengan kurang merasa penat seperti sebelum ini.

Aku berharap,aku dapat meneruskan penyusuan susu badan buat masa ini sehingga genap 6 bulan. Jika ada rezeki aku akan cuba menyusukan Irfan sehingga genap 2 tahun. Oleh itu Aku perlu menjaga kesihatan ..

Ibu!!!


8 April 2014

Syakirah bangun pada awal pagi dan menyebut ibu dengan lancar..Ini merupakan kali pertama dia memanggil ku 'ibu' !!! Rasa sangat terharu bila dia datang dan mengusap rambut ku " chayanggg" dengan slang budak-budaknya yang comel..

Sepanjang hari dia praktis dengan gembiranya ..ibu ibu ibu !!!







Akhirnya,Syakirah memanggil ku ibu!!!

^_^

Saturday 5 April 2014

Ajar Irfan Berjalan


Irfan sudah masuk 5 bulan. Buat masa ni, dia sudah pandai roll over depan belakang. Tapi memandangkan aku ingin Irfan berjalan cepat macam Syakirah iaitu 8 bulan sudah bertatih. So, aku pun rajin melatih Irfan di rumah.. Video ni Azlan yang pegang Irfan. Suami ku kurang expert nak bimbing Irfan jalan. Irfan boleh buat dengan lebih baik lagi..Mungkin dia excited sebab nampak aku amik gambar dia :-)



Irfan masuk 5 bulan

Sekarang Irfan memang pandai pilih. Kalau nak tidur memang dengan aku..Pernah Azlan cuba tidurkan tapi menangis meraung dengan kuatnya!! Bila aku ambil je terus diam..Teresak-esak..Merajuk la tu ..Tapi dia terus tidur :-)

Suntikan 1 tahun

Syakirah ketika ambil suntikan 1 tahun..Alhamdulillah, Syakirah tidak menangis, cuma dia hairan kenapa nurse tengok dia. Tapi bila nurse mula suntik, Syakirah nangis sekejap. Tapi tersenyum dan ketawa kemudian. Dia terlupa dia baru kena suntik.Haha

Alhamdulillah, Syakirah jarang sakit..Seingat aku cuma tiga kali demam iaitu sebelum ke New Zealand-5 bulan , masa tumbuh gigi 1st -6 bulan dan aku pun tak ingat..Kann, jarang Syakirah demam. Semoga Allah sentiasa memberikan mu kesihatan yang baik nak :-)








Balik Kampung Pontian Johor

Tanggal 20hb Mac 2014 yang lalu, kami anak beranak telah pulang ke kampung Pontian. Ini kali pertama kami balik setelah pulang dari New Zealand. Ini antara kenangan balik kampung yang tidak dilupakan kerana pada 24 Mac 2014, Isnin. Atok Pontian telah kembali ke Rahmatullah..Keluarga kami sempat bersama arwah Atok di saat akhir hidup beliau.

Syakirah pada ketika ini masih malu-malu sebab dia biasa tanpa teman di rumah..kesian Syakirah..

1st time jumpa anak abang Long,Aaron!!

Geng Menantu Pak Mail yang happening!!

Syakirah anak kesayangan kami..Dulu manja dengan ibu,sekarang dengan ayah nya pula


Atuk mula sakit- 2 hari sebelum Atuk kembali ke Rahmatullah. Semoga roh atok dicucuri rahmat



Pada ketika ini Malaysia sedang sibuk dengan Pencarian kapal Terbang MAS MH370.
Selesai Majlis Kenduri Arwah Atok- Hari Pertama



Kami bertolak dari Lapangan Terbang Skudai Johor

Alhamdulillah sepanjang perjalanan Syakirah dan Irfan tak buat perangai..Biasanya Syakirah akan menangis ketakutan. Lagi-lagi jika dia nampak orang yang tidak dikenali senyum atau merenungnya. Irfan pula good boy..Tidur dengan selesa :-)



Friday 4 April 2014

Syakirah belajar Flash Card


 Aku mula ajar Syakirah membaca..Tapi memandangkan Syakirah sudah terbiasa dengan melihat gambar jadi susah untuk aku cuba menarik perhatian syakirah dengan Sight word Flash Card yang aku buat sendiri..Oleh itu aku menggunakan pendekatan dengan memperkenalkan perkataan yang biasa Syakirah dengar iaitu Syakirah,Irfan, Ayah dan Ibu..Ikut kaedah Flash card sepatutnya kena ada gambar di belakang ayat.. Tapi aku punya flash card takde pula.. 

Ini cara aku:

1. Aku bt flash card dengan syakirah dan Irfan sebanyak beberapa kali untuk 4 perkataan tadi..Biasanya aku buat 3 rounds untuk 4 perkataan.


2. Bila nampak Syakirah dah boring atau xambil perhatian.,aku susun atas meja dan minta dia tunjuk yang mana satu Syakirah,Irfan,Ayah dan Ibu



3. Walaupun nampak Kira tak fokus,tapi dia berjaya tunjuk flash card yang betul..Aku tanya beberapa kali dan minta dia angkat nama tersebut..Alhamdulillah,memang dia cepat tangkap!!!

4. So lepas ni aku akan cuba perkataan baru pula :-)

Wednesday 2 April 2014

Ayam Bakar Black Pepper Simple

Tengahari tadi masak Ayam Bakar Black Pepper..So nak share myresepi 

1.Ayam whole chicken belah dua

2.Sos lada hitam jenama LIFE*
3.Kicap ABC*
4.Garam secukup rasa*
5.Gula lebih sikit supaya "caramelized" masa bakar*

6. Serai 1*

7. Bawang putih 5ulas*

8. Halia*

9. 1-2 sudu biji lada hitam. Bergantung kepada tahap kepedasan anda!!*
10.Sedikit butter..Saya guna Golden Churn Butter




Kesemua bahan-bahan bertanda * ditumbuh kasar guna lesung atau guna mixer kering senang..






Perap ayam atleast 30 minit..klu 2 jam,memang mantap la  Rempah2 dah meresap dah tu..





Kan senang ??


##Resepi macam ni plg sesuai buat mummy sibuk;housewife,wanita bkerja,org dok rumah bujang sebabnya,kita boleh perap awal..Awal pagi kerja,letak bhgn atas peti ais,balik rumah tinggal ==>> Bakar !!!



Makin lama makin sedap !! Simpan dalam freezer la.



Pernah guna resepi ni utk marinate kambing utk Bbq di Karambunai, serius org xmakan kambing pun blh termakan gak..Rasa macam ala2 Kenny Rogers k..Hehehe


Dah siap, tinggal ngupp!!


So selamat mencuba ^_*