Thursday 23 May 2013

Doa untuk ibu hamil dan kandungan

Alhamdulillah, hari ini 23 May 2013 genap 16 minggu aku hamil anak kedua. Teringat masa mula-mula berusaha untuk mendapatkan anak pertama kami, aku penat turun naik hospital, jalani pelbagai ujian darah, dan ujian HCG. Syukur alhamdulillah setelah mendapat khidmat nasihat Dr pakar dari Hospital Likas, Kota Kinabalu Sabah aku berjaya hamil dan selamat melahirkan Nur Syakirah binti Mohd Azlan tanggal 18 Mei 2012. Baru beberapa hari lepas, anakku ku Kira genap setahun. Hari ni, aku nak share doa yang ku amalkan sepanjang mengandung anak pertama. Doa ini diturunkan daripada X-bos ku, dan kini aku coretkan dalam blog ini sebagai panduanku dan semua yang membaca..

Tuesday 21 May 2013

Baby Tantrum

Beberapa hari ni, aku perasan anakku Syakirah sudah mula hendak bercakap..Membebelnya bukan main panjang, tapi satu pun aku tak faham..Haha..Hari ini 21 May 2013, Syakirah sudah 1tahun 3hari..Wah besar sudah si kecik ni rupanya..Macamana aku boleh tak perasan ya..Mungkin setiap hari dok menghadap si kecik itu aja..Aku pon xperasan rupanya masa berlalu begitu cepat, daripada bayi dia sudah jadi budak besar ye..Ehe..

Tapi, yang aku geram kan dia mula pandai merengek, merajuk, minta dukung, dan macam-macam la..Ini menyebabkan aku susah untuk buat kerja rumah yang lain.. Ada satu tahap, sampai hilang kesabaranku, aku masuk bilik baring sorang2, tapi masa tu suami ku ada tengokkan si kecik Kira tu..20minit aku berehat, tenangkan fikiran barulah aku sedikit lega..Boleh rimas juga kalau 24jam nak berdukung, minta perhatian..Yang paling aku stress setiap kali aku pegang handphone atau Ipad, mesti dia berebut dengan ku untuk menonton kartun di YouTube..Aduh, si kecik ni..Tensionnya ibu!!

Bila ku search tentang perangai anak ku ni, aku terjumpa tentang artikel baby tantrum yang banyak bersepah di internet..

Di sini ku ringkaskan:

Tantrum adalah kemarahan atau perubahan emosi secara tiba-tiba..Bagi kanak-kanak, ianya bermula dari umur 15 bulan hingga 6 tahun.Bagi kebanyakkan bayi bawah 2 tahun, tantrum terjadi kerana :-

1. Ketidakmampuan mengungkapkan keinginan mereka kerana bahasa yang terbatas. Ini menyebabkan bayi anda berasa sedih dan kecewa.
2. Pergerakan yang terbatas atau terhalang
3. Kehendak dan keinginan yang dihalang
4. Anak berasa lapar, penat atau sakit

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang boleh kita lakukan adalah

-Bersabar, dan berfikiran seperti orang dewasa. Cuba tenangkan anak anda dengan membawa nya ke tempat yang kurang sibuk jika anda berada di luar seperti shopping kompleks. Jangan tinggalkan anak anda, kerana dia akan rasa diabaikan. Sesetengah pendapat, adalah elok kita memeluk anak kita dan cuba menenangkan mereka dengan kata-kata lembut..Tetapi, sesetengah pendapat menyatakan biarkan sahaja anak kita dalam keadaan tantrum sehingga dia sejuk sendiri..Kedua-dua approach ini boleh dicuba kerana setiap budak memerlukan pendekatan yang berbeza



-Bagi anak yang berusia 2tahun ke atas, yang sudah memahami kata-kata kita, antara pendekatan nya adalah dengan berbincang tentang sebab dan kelakuan buruk anak tersebut. Pertama sekali, cuba kenal pasti kenapa anak kita berkelakuan tantrum dan kemudian berbincang dengan anak anda..Contohnya,"Oh, anak ibu nak susu.Sekarang, bila syakira sudah tenang,baru ibu tahu kenapa syakira sedih..Maafkan ibu sebab tidak perasan ya.."

-Berikan peluang kepada anak anda untuk memilih.

-Sentiasa perhatikan tanda-tanda stress pada anak anda.

Kesimpulannya, semasa anak kita dalam tantrum, kita perlulah menenangkan mereka dengan memeluk mereka, membisikkan kata-kata sayang dan cuba memahami perasaan mereka.Bagi orang Islam bacakan Surah Al -Kursi bagi menghalang gangguan syaitan yang cuba mengambil kesempatan kepada mereka yang sedang marah. Jangan sesekali marah,menjerit, dan memukul anak-anak kecil anda kerana ini akan menjadikan mereka lebih memberontak atau membesar menjadi seorang yang pengecut..



"Ya Allah, kurniakan la aku kesabaran untuk membesarkan anak-anak ku ya Allah. Semoga mereka akan menjadi hamba mu yang beriman, berbakti kepada kedua ibu bapa dan dapat menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat" Ameen ya Rabbil Alamin..

Sunday 19 May 2013

Aku pengganggur

Bulan May 2013, genap 8 bulan aku bergelar pengganggur..Best ke jadi pengganggur..Hm , jawapan nya TIDAK sama sekali..Sebelum ini , aku pernah berkerja di pejabat, selalu outstation, turun site, berjumpa dengan ramai orang..Tapi kini, aku hanya duduk goyang kaki di rumah..Nak cakap aku duduk saja di rumah pun susah jugak..Anakku yang sulung baru masuk setahun, kalau aku nak masak atau buat kerja rumah kena la aku tunggu dia tidur..Kalau tak, adalah dia bergayut dikaki ku dan ikut aku ke hulu hilir membuat kerja..menjadi suri rumah, bukan la semudah yang disangkakan..

Pernah orang bertanya padaku, apala awak buat kat rumah sepanjang hari??Sabar je la..ingat senang ke nak buat keja sambil mendukung anak..Memasak sambil anak sibuk pungut apa-apa benda yang kotor pada lantai..Nak pergi tandas pun susah oohh..PERCAYA la..

Teringat, masa kerja pejabat dulu..pagi2 breakfast dengan kawan2 dulu..Jam 8 baru di meja masing2..kalau penat kerja, boleh merayau ke tempat kawan kejap, borak2.. Tapi, sekarang aku sudah tiada teman bercakap, kecuali pada suami dan anak ku.Tiada masa rehat kerana anakku masih kecil perlukan perhatianku sentiasa..Mesti orang fikir, takkan itupon stress? Memang stress kalau kita duduk rumah sepanjang hari, kadang2 seminggu tak keluar..asyik buat benda yang sama..Memasak, jaga anak, layan anak, tengok tv, baca facebook, layari internet..Its rotating, macam takda cabaran hidup..



Tetiba rasa keyakinan diri hilang, rasa tiada panduan hidup, rasa binggung, macam stress yang teramat sangat..Begitulah yang aku rasakan sekarang ini..Nasibla suami ku memahami, banyak bersabar dengan ku..Aku masih dalam proses menyesuaikan diri, semoga lama kelamaan aku dapat menerima hakikat yang kini aku bergelar PENGANGGUR TERHORMAT

Monday 13 May 2013

Kenapa perlu berbengkung?

Semasa hamil tubuh wanita menghasilkan hormon relaxin yang berperanan untuk melembutkan ligamen pada sendi/pelvik di kawasan kemaluan. Ini mencetuskan Pubic/Pelvic Pain atau saintifiknya Pubic Symphysis Diastasis (SPD)kepada kebanyakan ibu-ibu hamil.

Antara tanda-tanda SPD adalah:

1. Sakit belakang
2. Nyilu di kawasan kemaluan
3. Sakit kawasan kaki, peha etc semasa berjalan,atau turun naik tangga
4. Sakit yang teruk pada waktu malam

Walaubagaimanapun, tujuan hormon relaxin ini adalah membantu wanita semasa proses hamil dan melahirkan anak kerana, hormon ini membantu tubuh wanita menjadi lebih lentur..Maksud nya sendi dan tubuh kita lebih stretch bagi menampung pembesaran bayi semasa di dalam rahim :-)

Selepas kita bersalin, tubuh wanita masih menyimpan hormon relaxin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas bersalin. Manfaat ini, sepatutnya digunakan bagi semua wanita untuk mengembalikan tubuh kita kepada bentuk normal. Oleh itu memakai bengkung merupakan salah satu cara, membentuk semula tubuh wanita selama tempoh berpantang.

Semasa saya berpantang 2 bulan, saya lebih suka memakai bengkung tradisional. Ini kerana bengkung tradisional lebih ketat dan menyerap peluh berbanding bengkung moden. Saya mementingkan pemakaian bengkung tradisional selama 2 bulan berturut-turut kerana di sebalik bengkung banyak kelebihan yang tidak ramai wanita ketahui:

1. Bengkung dapat membantu mengempiskan kawasan berlemak pada perut, peha dan pinggul

2. Bengkung dapat mengembalikan bentuk badan wanita dengan cepat terutama kepada ibu yang 
    menyusukan bayi

3. Bengkung dapat membetulkan posisi tulang belakang kita yang menampung berat badan
    berlebihan semasa hamil

4. Bengkung dapat menguatkan otot perut yang merenggang semasa mengandung

Walaubagaimanapun, ibu-ibu semua, pemakaian bengkung tradisional perlulah dilakukan dengan cara yang betul.Ia perlu dililit bermula dari perut hingga ke pinggul. Di bawah adalah cara-cara pemakaian bengkung dengan betul. Semoga bermanfaat !!





Sunday 12 May 2013

Pengalaman berhenti kerja

Tanggal 25 Julai 2012, merupakan hari terakhir aku bekerja di syarikat GLC. Rasanya sdh hampir 4 tahun aku di syarikat S. Aku terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana aku perlu menemani suami yang akan melanjutkan pelajaran ke Luar Negara. Banyak kenangan manis yang aku tinggalkan di sini. Kawan-kawan yang best, morning briefing pada 700-730pagi di pantry pejabat, rutin pejabat yang sibuk, rakan sekerja yang lawak tapi profesional (hmm macamana tu), meja aku yang kemas hehe, dokumen yang berlambak, panggilan yang sibuk, dan banyak lagi..

Tapi, banyak juga kenangan pahit yang aku tinggalkan tapi yang sudah aku lupakan..Udah2 la tu, yang buruk jangan dikenang..Sebelum 25hb, aku telah diraikan dalam 3 farewell party yang berbeza.. Ini kerana selama aku dalam syarikat S, aku telah berada dalam 3 Jabatan yang berbeza. Yang dapat aku rasakan pada ketika itu,terharunya hatiku.

Farewell Pertama,

Aku telah di bawa ke Restoran Seafood yang berdekatan pejabat kami. Ada, cenderahati diberikan pada ku membuat aku rasa sebak dan terharu. Kawan-kawan di sini merupakan rakan sekerja ku yang pertama di Syarikat S. Mereka la teman ku bergaduh, pernah bermasam muka, ketawa dan lepak bersama tetapi kami tetap rakan sekerja yang baik. Ada 4orang yang ku rapat di sini, tetapi semuanya lelaki. Sekarang, ku dengar cerita 3 antara kawan ku sudah berhenti kerja kerana ingin memulakan bisnes sendiri.



Farewell Kedua,

Kawan-kawan ku mengadakan jamuan ringkas di pejabat..Semua mereka masing-masing membawa potluck. Aku disuruh memberikan ucapan ringkas. Pada ketika itu, mengalir air mataku..Aku ingat mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah bersusah payah kerana ku. Aku mohon maaf kepada semua jika aku terkasar bahasa,termakan terminum dan menyakitkan hati mereka. Pada ketika itu, aku nampak beberapa orang kawan perempuan ku turut mengalirkan air mata..Iya la, kami sudah jadi akrab dan rapat..Apabila seseorang akan pergi terasa sayu hati dan naluri kita.Mereka telah membelikan ku set baju kurung, tudung dan kerongsang untuk ku pakai berhari raya di Luar Negara. Itu la tanda ingatan mereka yang aku masih ingat hingga hari ni baju kurung biru berlabuci indah di leher.Aku belum berpeluang memakai baju kurung itu sehingga kini.



Farewell Ketiga,

Rakan pejabat ku telah menempah bilik di Restoran Seafood yang agak terkenal di KK. Menurut mereka, mereka ingin aku merasa duit tabung kumpulan yang kami simpan setiap bulan yang baru dimulakan setahun lalu. Pada mulanya, kami merancang untuk mengadakan Family Day di resort dan menaja seluruh keluarga staf kami, tetapi memandangkan aku akan pergi, mereka membuat keputusan untuk membelanja aku makan.

Malam itu, ada set karaoke di dalam bilik yang kami tempah. Mula-mula nya aku malu, iya la, orang yang dirai pula yang excited nak karaoke. Tapi, sebab terlalu lama menunggu kawan ku untuk mula, aku pun buat keputusan untuk ambil mikrofon siap mengajak kawan ku pula nyanyi duet bersama ku..Mood yang sedih jadi gembira pula..Hahaha..



Hari terakhir ku di pejabat..

Aku berjumpa dengan semua senior ku.Aku minta maaf jika aku ada tersalah tersilap. Aku katakan kepada bos kedua ku," Dulu saya lapor diri pada puan, sekarang saya mohon tarik diri" Aku berlawak kecil menyedapkan hati ku masa itu..

Buat kawan-kawan ku di Syarikat S,

Roslan, Razali, Amir, Frederick, Halim, Abg Masaid, Kak Fazidah, Kak Ain,Jacq,Nadzillah, Pn Rommella, Hj, Kak Linda, Abg Hamzah, Rizuan, Andy, Henny, Naria dan semua yang terlupa ku sebutkan, saya ucapkan terima kasih atas kerjasama, persahabatan dan semua yang pernah kita lakukan bersama.

FRIENDSHIP FOREVER (*_*)

Wednesday 8 May 2013

Testimoni Nona Roguy

Saya telah mengamalkan Set Bersalin NR selepas kelahiran anak sulung saya pada May 2012. Itu merupakan pertama kali saya menggunakan jamu tradisional, memandangkan testimoni yang agak bagus, setelah membaca pelbagai artikel dan pengalaman pengguna Jamu NR. Pada mulanya, saya agak risau kerana yang saya tahu, jamu adalah dalam bentuk serbuk dan sudah tentu rasanya pahit, dan sangat susah untuk ditelan, tetapi Set Bersalin NR adalah jauh berbeza.

Saya telah membeli Set Bersalin NR bagi pengunaan selama 2 bulan, selama tempoh berpantang, saya tidak mengalami masalah sembelit..Ini amat menyenangkan kerana luka pada jahitan pada awal pantang belum kering dan agak perit..Dengan pengunaan uncang cuci, luka jahitan cepat kering dalam tempoh seminggu sahaja dan saya menjadi segar & bertenaga selama tempoh 2 bulan berpantang.

Penggunaan jamu, biasanya akan menggangu penyusuan bayi, tetapi bagi saya penggunaan Set Bersalin NR terutama Akar Herbanika dan Phytonatal telah mencegah bayi saya daripada mendapat kuning, oleh kerana pengeluaran susu badan yang banyak.

Apa yang paling mengembirakan saya, adalah saya dapat mengembalikan bentuk badan dan berat badan saya sebelum bersalin, dan penggunaan pil phytonatal selama 3 bulan, menyebabkan saya mendapatkan berat badan ideal saya seperti zaman anak dara dulu :-)

Saya sangat berpuas hati dengan penggunaan Set Bersalin NR, dan kini saya merupakan penjual Set NR secara online. Saya dah cuba, ANDA BILA LAGI??

Nak try Nona Roguy?

Boleh hubungi Reena di 016-822 9384.. Prefer message or wassup ye..
Kalau nak melalui email: reenarahman85@gmail.com