Monday 31 March 2014

Flash card simple!!

Aku berazam untuk mengajar syakirah membaca seawal yang mungkin.Oleh itu,langkah pertama aku membuat flash card ku sendiri!!

Mesti orang berfikir kan banyak flash card yang dijual..Kenapa tak digunakan terus. Ini adalah aktiviti ku di rumah bersama anak anak.Biar mereka nampak effort yang aku curahkan untuk membuat flash card agar mereka lebih menghargai selain bermain dan belajar bersama. Selain itu aku membuat flash card sendiri untuk memperkenalkan dulu perkataan yang sering kami gunakan di rumah seperti : ayah-ibu-irfan-syakirah-nenek -atok bagi kategori famili.

Dengan membuat flash card sendiri,kita dapat berjimat selain mempelbagaikan kosa kata anak-anak kita.

Bahan-bahan membuat flash card:

1. Poster



2. Manila kad
3. Marker pen-permanent
4. Gunting
5. Double tape



Langkah-langkah

A. Potong gambar ikut saiz dikehendaki



B. Tulisan dipotong dan ditampal menggunakan double tape mengikut nama objek di belakang kad





P/s :

1. Flash card hendaklah disusun mengikut kategori



2. Buat 3 sesi pada waktu pagi -tengahari -petang.. Katakan pada minggu itu,anda ingin mengajar abc pada anak anda..setiap 1 sesi - tunjukkan 5 kad berulang kali.   Sesi kedua dan ketiga, tunjuk kad yang sama tapi rawak kan susunan kad..

3. Tunjuk kad yang berbeza pada hari seterusnya sehingga anak anda familiar dengan objek atau perkataan tersebut

4. Pastikan anak anda dalam keadaan yang bersedia dan gembira untuk bermain aktiviti flash card. Jika tidak,simpan saja   Flash card tersebut..


Selamat Mencuba!!

Friday 14 March 2014

Syakirah dan Basikal Baru

Sudah 2minggu sejak kami membeli basikal baru untuk Syakirah..Anak sulung ku ni sudah berusia 21 bulan 4minggu..Sebelum ini dia menggunakan Doraemon untuk bermain dalam rumah sambil menyanyi lagu Driving in My Car by Mother Goose Club..hehe.Tapi sekarang Irfan bakal take over Doraemon Syakirah!!

Punya sayang sampai cuci lagi ^_^
Irfan panik baru 4bulan dah kena buli naik Doraemon!!

Memandangkan syakirah sudah makin cerdik, suami ku bercadang membelikan syakirah basikal ini..Harga dalam RM150++ Tapi yang bestnya basikal ni ada handle di belakang,memang sangat membantu bagi budak-budak yang baru mula belajar naik basikal dan masih tak pandai mengayuh atau mengawal stering basikal..Lepas tu siap ada tempat letak kaki kalau budak tak pandai kayuh basikal lagi,boleh je letak kaki kat bawah tu..Best kan?




Hanya ada dua pilihan warna iaitu hijau terang dan pink.Sebenarnya aku nak pilih color universal jadi bila Irfan sudah besar dia pula boleh sambung main..Tapi takde pula..So aku suggest dekat husband suruh amik pink,nanti kemudian boleh re-paint color lain untuk Irfan

Buat masa ni, Syakirah belum pandai kayuh basikal lagi..Nak belok kiri kanan pun masih perlu pemantauan. InsyaAllah aku akan sedaya upaya ajar Syakirah sampai berjaya!!

Wednesday 12 March 2014

Aktiviti Syakirah di rumah

Memandangkan aku sudah menjadi surirumah,masa memang banyak dihabiskan untuk melayan anak-anak. Mujurlah Syakirah sudah pandai main sendiri,bagi je IPAD pandai pula dia cari YouTube atau Games yang dia minat..Aku banyak download Flashcard-Color,Animals,Shapes dan lain lain kat dalam App Store yang free je..Hehehe. Ni antara games yang aku download..




Kadang-kadang aku ajak Syakirah join aku pilates,atau lompat bintang dalam rumah. Paling tak tahan,masa aku tengah dalam Position 4knee siap dia simpan toys bawah perut..Nak tergelak pun ada,tak boleh konsentrat langsung aku nak excercise ye.. Sabar je la!

Dia suka main Lego.  Walaupun belum pandai susun bentuk lagi, kalau dia dapat susun setinggi boleh pun dia da happy!! Lucu lak.. Happy je aku tengok..Budak-budak kan easy to satisfy.. Dah borink dengan Lego,dia semakkan sekeliling rumah hahaha.. Aku wokey je. Husband aku yang fenin kepala..Hehe



Pastu dia suka main masak-masak.. Dia cooker aku yang disuap nya..Layan je ~ aku siap buat2 pedas lagi...Haa kelam kabut dia cari botol air takut aku kepedasan..Kikikih..




Syakirah suka tengok Kids song macam Mother Goose Club, Song& Stories, Muffin song dan terbaru sejak dia mula pandai cakap dan faham bahasa ni, Syakirah suka tengok POCOYO,UPIN IPIN dan TELETUBBIES!!!


Hahaha..Siap menari lagi!!

Kengkadang aku suruh dia tolong potong dan cuci sayur!! Hmm sampai habis sinki aku tersumbat.. Bising husband ..Hihi..



Petang-petang kadang-kadang ajak dia mandi swimming pool. Tak sabar tunggu Irfan besar,boleh temankan Syakirah..Main bola atau basikal. Dan kalau encik suami ada masa,kami ke Playground.. Yahuu!!!  haha aku yang excited :-)



Aku sekarang paling suka tangkap gambar Syakirah dan Irfan.Seronoknya tengok Syakirah membesar di depan mata. Ini la nikmat masa yang Allah berikan padaku. Syukur Alhamdulillah..

Sunday 9 March 2014

Resolusi mendapatkan berat badan ideal

Aku sudah mendapat berat badan aku sebelum mengandung iaitu 58kg. Tanpa diet dan senaman aku hanya melakukan kerja rumah seperti biasa,makan seperti biasa dan paling penting aku menyusukan sepenuhnya anak kedua ku yang baru 4 bulan kelmarin..

Kalau ikut kiraan BMI,julat berat dan ketinggian ku adalah dalam kategori normal.Tapi,aku ingin mendapatkan berat badan ideal iaitu 51.3kg..Wah,siap ada 300gram lagi gitu!! Hahahaha

Untuk mengira samada kita dalam kategori obes,normal atau underweight,anda boleh kira menggunakan link dibawah:-

http://www.heartfoundation.org.au/healthy-eating/Pages/bmi-calculator.aspx

Cara mengira berat ideal anda
menurut Bocca:

BB Ideal = (TB dalam cm – 100) – 10% kg

Misalnya Tinggi Badan Aku sekarang 157 cm, maka cara penghitungannya adalah:

= 157 – 100 = 57
= 57 – 10% = 57 – 5.7 = 51.3 Kg

Jadi, berat badan ideal aku adalah 51.3 Kg

Walaupun dalam kategori normal,aku ingin mendapat berat ideal untuk kesihatan yang lebih baik,dan mengurangkan "spare tire" yang berlebihan ni..hehe..Lagipun,susah jadi terlalu gemuk ni mudah penat la,senang mendapat sakit, keyakinan diri pun berkurangan..

Isteri selalunya nampak lebih cepat tua berbanding suami. Ini semua disebabkan oleh hormon wanita yang banyak berkurang terutama selepas mengandung dan melahirkan anak..Tetapi jika kita pandai mengawal pemakanan dan kesihatan kita insyaAllah kita akan nampak lebih awet muda.Aku bertanya dengan suami samada aku patut mengambil suplemen.Almaklumlah tidak lama lagi aku akan masuk 30 tahun!! Tetapi suamiku kata,tidak perlu sebab itu semua normal dan kita hanya perlu jaga makan..Aku pon fikir..Betul jugak ^_^

So,ini antara resolusi yang aku akan buat

1. Makan 5 sudu besar oat setiap hari


2. Minum green tea untuk minum petang..Masih tengah berusaha..Rasanya langsung tak kena dengan tekak aku!!



3.  Minum maksima 3 cawan kafein atau kopi sehari. Em aku ni kuat minum kopi..

4.  Kurangkan kuantiti makanan terutama nasi dan tak bertambah.

5. Kunyah makanan lebih perlahan dan hayati makanan tersebut..ohoo

6. Tidak minum sejuk

Itu antara perkara yang aku bakal buat bagi merealisasikan impian ku untuk mendapat berat ideal..

Bersenam tidak menjadi resolusi aku sebabnya aku sekarang sentiasa sibuk di rumah menguruskan anak-anak ku dan membuat kerja rumah..Jadi,kira bersenam la tu kan.. :-) Tapi aku sedaya upaya mencuri masa untuk melakukan senaman kegemaran ku iaitu "PILATES" tetapi "WITH A TWIST".. Maksudnya, aku berpilates sambil pegang Irfan, bayi ku yang pada ketika ini baru masuk 4 bulan.. :-)


Friday 7 March 2014

Pengalaman berniaga di bulan puasa 10 Julai 2013

Bulan puasa tahun lalu aku mencuba berniaga di bazar Ramadan Kingfisher. Bersebelahan dengan Hospital Likas dan hanya 5 minit dari rumah ku. Pada ketika itu,kandungan aku masuk 5 bulan. Perut aku mula memboyot tapi syukurlah morning sickness ku sudah hilang..

Setelah berbincang dengan suami, dia bersetuju membenarkan aku membuka gerai sepanjang bulan puasa itu..Eii seronot nye..Sebenarnya telah lama aku berfikir-fikir untuk membuka gerai sewaktu bazar tapi tak pernah kesampaian sebab aku kan kerja sebelum ni..mane ade mase..huhuhu

15 Julai 2013

Hari pertama berniaga. Aku menjual nasi lemak ayam goreng berempah dan pelbagai jenis air seperti Teh Bunga , Lohanko, Bandung Laici dan Air Asam Boi..Aku mula membuat persiapan memasak sebaik sahaja selesai bersahur..Semangat kan? Biasa la hari pertama..Hihi..

530am

1. Potong bawang, halia, serai, bawang besar sudah aku siapkan hari sebelumnya.Jadi aku hanya tinggal blend dan tumis untuk menyiapkan sambal nasi lemak.[Check]

2. Aku mula mereneh bunga krisantimum,buah longan +gula merah+gula melaka + daun pandan,cairkan air gula, dan sewaktu dengannya [Check]

3. Perap ayam  [Check]

4. Nasi aku masak masa nak dekat-dekat masa menjual iaitu jam 10-1030 pagi..Sekali masak dapat 15 pot. Nasib mak mentua ada 2 rice cooker besar..Aku boleh masak serentak dan menjimatkan masa.. [Check]

5. Jam 12-1230,aku mula menggoreng ayam.. [Check]

Begitula setiap hari sepanjang bazar ramadhan itu ~

Macam simple je kan..Tapi sebenarnya dengan keadaan yang masih subuh-subuh lagi. Kan biasa masa tu kita masih di ulit mimpi,berselimut sejuk-sejuk lagi. Tapi time tu la aku tengah sibuk di dapur. Nasib ada bantuan mak mentua, dia la banyak membantu bersama-sama ku di awal pagi..

Bayangkan la kalau orang yang kerja di restoran,bukan 1 lauk, tapi sampai 15 lauk macamana tu?? Patutla kalau ada restoran sekurang-kurangnya kena ada 3 pembantu dan seorang tukang masak ok!! Nak buat persediaan memasak satu hal! Haaah nak membersihkan pula..Em,matila..hehe

Sabar-sabar ni baru hari pertama..Aku menguatkan azam di dada!!!

1 petang

Aku dan adik ipar Jojo mula ke tapak gerai..Masalah timbul apabila gerai kami berada di tengah antara dua khemah. Dan lebih dasyat lagi khemah kepunyaan ku bersaiz 8 x 8. Sedangkan pihak DBKK hanya membenarkan khemah bersaiz 8x4.. Aku baru tau da :-(
Aku beli sebelum taklimat diadakan. Nasib la tuan punya gerai di sebelah ku: kiri dan kanan sporting dan membantu agar khemah ku muat antara khemah mereka. Fuhh!!

>> Pengajarannya,datang awal 30minit -1jam untuk buka khemah..Kalau tak,memang akan menyusahkan gerai-gerai yang lain. Lebih teruk lagi kalau tapak khemah berdekatan antara satu sama lain.

Setelah khemah dipasang,kami pun setup gerai makan kami. Nasi lemak disusun cantik,air aku simpan dalam cooler box supaya tahan sejuk..

Sesi Taklimat Bazar Ramadan 2013


Tokey nasi lemak ayam goreng berempah


Pegawai DBKK


Nasi lemak siap dibungkus masa peak hour


Air Bungkus


Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah RM4 sahaja.Kira murah ye dengan ayam goreng besar cam tu!!

Gerai berhadapan Restoran Mawi


Bergotong royong bungkus air.Eh Syakirah pon ade sama la..Dia pun tolong gak.Tolong kacau..Hihihi


"Ade apa-apa yang saya boleh tolong ayah?,"



Ikan bilis,timun,Telur aku simpan dalam tupperware nanti orang datang baru aku letak sekali dengan sambal..

Tetiba,datang seorang pakcik.."Assalammualaikum nak.Berapa sebungkus nasi lemak ayam goreng berempah ni? "
" Saya jual Rm4 pakcik."
" Okay. bagi pakcik xx bungkus ya.Pakcik nak sedekah di masjid. sempena hari pertama berbuka puasa"

Terkejut gak aku..Hampir separuh jualan telah habis.Lepas satu satu.. Yang aku panik sekali datang 4-5 customer ..Fuhh!!
Macam tak percaya ni..Bila pelanggan beli nasi kadang-kadang sangkut pula terbeli air.

Masa nak dekat jam 6 aku mula buat lelong.. air tinggal beberapa bungkus dalam 10 bungkus begitu. Apa lagi,"Lelong-lelong 3  Lima Ringgit 1 Dua Ringgit" Tersenyum-senyum orang sebelah..Ada aku kisah..Hihihi..

Begitulah kenangan manis aku hari 1st berniaga. Tapi banyak jugak yang buruk seperti:

1. Apabila hujan lebat dan pada ketika itu angin kuat hingga kami terpaksa memegang khemah untuk mengelak gerai kami terbang



 2. Aku basah kuyup terkena hujan hingga mentua ku turun membawakan aku jaket

3. Makanan tak habis dijual. Terutama pada bulan tua atau di tengah bulan apabila orang mula pokai..Lebih lebih lagi cuaca pada bulan puasa tahun lalu sentiasa hujan angin kuat

Aku teringat terserempak dengan seorang kawan lama, teman sepengajian ku semasa di universiti..Dia agak terkejut aku menjual nasi lemak siap dia cakap :

"Reena!! kenapa ko jual nasi lemak ni?? Suami ko kan mampu,gaji besar,pensyarah lagi??" Aku hanya diam.. Tersenyum. Mungkin dia kasihan kan aku. Dengan keadaan sarat,aku berniaga..

Tetapi...

Cuba bayangkan satu hari pendapatanku boleh mencapai RM2++,baru sehari ok. Cuba darab kan dengan 30 hari,Hmm pendapatan ku pada bulan itu sahaja lebih besar dari gaji ku semasa bekerja sebelum itu wokey!!

Pengajaran:-

Jangan menganggap peniaga tepi jalan itu sebelah mata.. Sebab,dompet penjaja tu mungkin lebih tebal dengan duit berbanding anda!!

# Sebenarnya aku bukan mencari wang semata. Duit yang suami ku berikan setiap bulan sudah lebih dari cukup..Aku inginkan pengalaman,dan aku ingin melihat dari sudut pandangan ku sendiri. Sebagai seorang peniaga di jalan, Asyik-asyik membeli aku pun nak tahu jugak macam mana berniaga..Terus terang,memang PENAT ye..Sekali lagi PENAT!! Dengan keadaan aku yang bulat lagi. Tapi setiap kali habis meniaga rehat-rehat kira hasil..Berbaloi,memang berbaloi!!

Kini aku tahu menjadi seorang peniaga memerlukan kesabaran,pengorbanan masa. Sejak itu,aku lebih teliti dengan harga. Terutama dengan harga ayam!!! hahaha ..Adodoi.. kalau dulu aku main bayar jak!! Kalau sekarang,apa? Sembilan ringgit sekilo?? Mahal tu..Hehe..

##Terimakasih kepada mertua yang banyak membantu dan jugak kepada suami ku yang sentiasa memberi sokongan moral, masa,modal dan tenaga buruh percuma :-) Wink wink ^_*