Monday 24 June 2013

Kelengkapan beg ibu sebelum ke hospital

Ini senarai kelengkapan beg ibu yang boleh disimpan dalam bonet kereta(untuk kecemasan) atau di bawa ke hospital:-


 Beg ibu

Hari tu, saya bawa beg sandang, tapi berat dan susah nak bawa.
So depends dengan kengkawan nak pakai beg jenis macamana ye ^_^

  1. Buku rekod kesihatan ibu warna putih-wajib dibawa!! Kad pengenalan digunakan sekali sahaja semasa pendaftaran masuk wad, selepas itu, boleh bagi suami pegang jika takut hilang.
  2. Toiletries- Berus gigi, ubat gigi,bedak,sabun mandi,lip balm,sikat dan syampu. Tapi biasanya kita tak mandi dalam wad melainkan ditahan beberapa hari di hospital. So, bawa jek la yang saiz kecil untuk travelling
  3. Minyak angin
  4. Stokin-2helai; Macam kes saya, saya rasa sejuk masa contraction, dan dalam wad pun memang sejuk.So dicadangkan bawa extra sehelai jika basah
  5. Tuala
  6. Pad wanita. Hari tu saya guna jenis "kotex" dan "softy" ( kalau tak silap) amik saiz yang paling besar dan panjang..Ikut pengalaman saya sebelum ini,saya guna dalam tempoh seminggu lepas bersalin. 3hari pertama, akan tukar 3-4 hari sehari untuk memastikan *****sentiasa kering.
  7. Selipar, selalunya kita guna jek yang kita pakai ke hospital.Pakai yang jenis plastik, jadi cepat kering dan tak cepat kotor
  8. Kelengkapan solat-telekung dan sejadah..Di hospital likas, saya tak guna sebabnya guna telekung dan sejadah di surau..Tapi, bila tak dapat keluar wad dan dah mula sakit "contraction", sembahyang di katil jek..Pastikan pakaian kita menutup aurat, bertudung dan berstokin. Kemudian , solat ikut keselesaan kita samada solat duduk, baring atau kalau boleh solat seperti biasa. Di setiap katil ada langsir yang boleh ditutup untuk keselesaan pesakit.

  1. Makanan snek dan minuman seperti high energy bar,biskut kering, milo 3 in 1, dan kurma. Kita takde mood pon nak makan masa tengah sakit..Tapi ini sebagai alas perut supaya kita masih bertenaga semasa proses "labor"
  2. Termos kecil, tupperware,sudu-garpu, dan gelas.
  3. Majalah untuk dibaca atau handphone..Kalau risau dan takut nak dengar ibu-ibu lain mengerang, bawa siap headphone atau earphone..kalau 'smartphone", boleh tengok internet, dengar bacaan surah atau lagu-lagu untuk menenagkan jiwa kita yang gundah-gulana.
  4. Baju keluar wad seperti kain sarung dan baju nursing, nursing bra,berastpad (bagi mengelak baju basah terkena susu ibu) dan seluar dalam.

Beg bayi:


  1. 1 set baju bayi
  2. Towel
  3. Pampers untuk newborn- Jenama first kitorang guna Petpet sebab ada sampel free dari hospital dan tengok baby pun takde ruam, harga pun jimat juga :-)
  4. Selimut bayi untuk bedung jika mahu
  5. Minyak telon atau minyak Yu Yee dan bedak
  6. Sabun dan syampu tak perlu sebab jururawat hanya bersihkan bayi guna air suam je.
P/s: Kalau boleh muat dalam satu beg lagi bagus, asingkan dan letak dalam beg plastik atau paper beg supaya dapat angkat sekali. :-)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan medela harmony breastpump murah,sila ke https://www.facebook.com/kedai09ku untuk tempahan sekarang :-)

RP: RM285 saya jual hanya RM185!! wow, anda jimat RM100..

Friday 21 June 2013

Tips Mengajar anak bawah 2 tahun bercakap


Apa yang anda boleh anda lakukan sebagai ibu bapa bagi merangsang pertuturan anak anda??

Bagi budak 1 tahun ke atas:-
  1. Bertutur kata lembut,
  2. Tersenyum dan 
  3. Memberikan perhatian atas reaksi anak anda kerana bayi normal mampu memahami dan merasakan komunikasi berdasarkan respon dua hala dan gerakan tubuh anda seawal 8 minggu.
  4. Respon apabila bayi anda menangis dan cuba 
  5. Menenangkannya agar keperluan bayi anda dipenuhi bagi mengelakkan frustasi..
  6. Belajar isyarat bayi anda agar bayi anda berasa selamat dan selesa.
  7. Menyanyi bersana anak anda !!Lagu merupakan cara terbaik mendedahkan anak anda dengan pelbagai kosa kata baru samada bahasa inggeris atau melayu. Ianya cara mudah dan menyeronokkan
  8. Membuat ekspresi muka dapat membuat bayi anda ketawa..Bayi dalam 6bulan ke bawah mendapat pelbagai bentuk pelajaran seperti cara menyuarakan isihati mereka melalui mimik muka dan gerakan badan.Oleh itu,luangkan masa bermain bersama anak-anak anda untuk mendorong kemampuan mereka bertutur dan bercakap..
  9. Bayi juga mampu belajar melalui rutin dan pengulangan pola..Rajinkan diri anda bercakap dengan bayi anda dan ulangi sebutan atau perkataan yang sama ketika rutin contohnya, ketika waktu makan anda boleh mengulang sebutan "nyam-nyam' untuk sedap atau anda boleh selalu membahasakan diri anda "mama" setiap kali bercakap dengan anak anda!
Bagi budak 1 tahun ke atas:-

    10. Mengulang sebutan mereka bagi memberikan mereka motivasi bertutur,selain itu berikan mereka     ciuman,tepukan dan kata -kata pujian
    11. Menyebut perkataan yang betul kerana anak anda mula belajar dan meniru anda pada ketika ini
    12. Jika anda anda buku bergambar,boleh tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak anda dengan cara mudah walaupun dia masih belum mengerti sepenuhnya
     13. Semakin memperkenalkan anak anda dengan pelbagai bunyi dan objek samada melalui buku,atau   menunjukkan dalam situasi sebenar ketika berjalan-jalan seperti 'dog','flower'     
     14.Menunjukkan pelbagai gambar berwarna dan menarik perhatian anak kecil anda
     15.Memperkenalkan dengan angka dalam keadaan santai contohnya mengira 1- 10 ketika menaiki tangga sebelum tidur agar anak anda tidak terasa tertekan dan gembira sambil membuat aktiviti rutinnya tanpa menyedari dirinya sedang mempelajari sesuatu yang baru.


P/S : Ianya seperti sangat ringkas tetapi bukan semua ibu bapa mampu melakukannya ^_^






Wednesday 12 June 2013

Bersalin di hospital likas Part 2

Dari wad penilaian aku telah dimasukkan ke dalam wad Kenanga 2..Di wad ini, pesakit diasingkan mengikut keadaan masing2..Contohnya, pesakit yang berisiko kencing manis, darah tinggi dan masalah ketuban dalam bilik yang sama, pesakit yang sedang dalam pemantauan doktor mungkin bersalin atau tidak, dalam bilik yang sama. Aku rasa, ini memudahkan doktor merawat pesakit memandangkan biasanya doktor yang sama akan memantau dan melawat pesakit.

~ Sudah hampir 1 jam aku di Wad Kenanga 2, aku masih duduk di depan kaunter tanpa katil..Mungkin, ini lah masalah yang kebanyakan ibu-ibu berkemampuan memilih untuk bersalin di hospital atau klinik bersalin swasta.Malas menunggu..Tetapi, memandangkan aku ni jenis penyabar dan tak kisah, aku duduk saja menunggu katil kosong tanpa merungut sedikit pun dekat kaunter jururawat. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat memanggil ku ke kaunter, aku dah lupa nama jururawat tersebut..Tapi dia menyatakan aku telah mendapat katil kerana ada ibu yang baru keluar ke Labor Room untuk bersalin..Dengan perasaan lega, aku pun menurut jururawat tersebut. Setelah mengemaskan katil, dan menukar alas baru, aku pun baring berehat setelah hampir 2jam duduk di kerusi..

Tiba-tiba doktor datang dan membawa ku bilik X-ray.."Ok puan, saya nak periksa bukaan..Maaf ya puan, sakit sikit ni.." Jantung ku berdegup kencang, aku cuba merelakskan badanku.."Ok puan, sekarang 4cm saya akan tolong bukakan ke 5cm untuk mempercepatkan proses kontraksi puan k.." Aku mengganguk sambil lututku bergegar.

1200am-17/5/2012

Contraction mula kuat sekarang setiap 40 minit aku akan rasa sakit..Nasib ada bantal kecil yang aku minta suami ku bawa ke hospital, bolehla jadi alas belakang ku..Besi di tepi tu kadang2 aku genggam kuat menahan sakit..Aku cuba untuk tidak meraung..Dengan pembacaan ku sebelum ini, aku cuba fokus pada pernafasan untuk mengawal kesakitan contraction di pinggang..Di hujung bilik, dua katil sebelah kanan ku aku rasa pesakit tu lebih teruk..Aku pun perlahan-lahan turun dari katil ku saja berjalan-jalan melupakan sakit ku sendiri..

"Ko ok?Aku menegur pesakit itu..Namanya aku sudah lupa..Mesti dia tension..Iya la,dia sedang kesakitan aku tanya lagi ok ke tidak..Ndak pa la..Saja memulakan perbualan..
"Ndak ni.."Dia menjawap
"Macam teruk betul ko ni..berapa Cm sudah?"
"Baru 5cm"
"Wah, teruk betul ko dari saya ya..saya pun bukaan baru 5cm "
"Saya tersilap bah..Tadi masa di rumah, baru bleeding sikit, terus saya minum air selusuh..Ni yang sakit betul ni"
"Iya ka? Ko mo saya panggil doktor ka? Macam sengsara mo beranak sudah ko ni.."
"Sudah saya panggil tadi..Tu yang dorang bagitau saya baru 5cm..8 cm baru kena tolak pegi Labor Room"
" Ko try control pernafasan ko ya". Aku bergerak dan berjalan keluar bilik dan meninjau-ninjau kawasan wad..Banyak juga orang yang tak dapat tidur..Ada yang melepak di katil, jururawat di kaunter, Aku pula bergerak dari hujung wad ke hujung satu lagi..Setelah agak penat, aku pun kembali ke katil ku..Ini la kalau mo beranak ni,jalan sikit sudah semput.."Berat betul badan ku ni" aku fikir sendiri.

Masa berjalan-jalan, aku sedikit lupa kesakitan ku, tapi bila baring dikatil..kejap aku psuing ke kiri ke kanan..Ndak terana orang Sabah bilang..Huhu..sakitnya!!

Masa berlalu..

730am

Doktor menjenguk ku..Mereka memeriksa kedudukan bayi dengan memegang perutku dan memeriksa degupan jantung bayi serta tekanan darah ku..Semua ok, tapi masalahnya air ketubanku belum pecah..Aku memberitahu doktor, aku mengalami kontraksi dari semalam, dan aku tidak dapat tidur..Aku minta bantuan doktor agar berikan aku ubat tahan sakit agar aku dapat tidur sekejap kerana aku tahu aku akan bersalin tidak lama lagi..Baru ku tahu apa itu "Mother Instinct"..

Jururawat datang setengah jam kemudian..Dia menyuntik ku di peha dan tiba-tiba aku rasa sedikit mengantuk dan tertidur..

Tiba-tiba handphone ku berbunyi..Suami ku bertanyakan keadaan ku dan aku menjawap dalam keadaan tidak bermaya..Suami memberitahu yang dia akan datang melawat pada tengahari..Dan dia bertanya jika aku ingin memesan apa-apa..Tapi, dalam kesakitan, kepenatan dan 'mamai' aku seperti hilang selera makan.."Apa-apa ja la bang" , kataku mamai..

To be continued.




Monday 3 June 2013

Bersalin di hospital Likas -Part 1

Teringat masa aku nak bersalin anak pertama ku, aku sudah lewat 3hari dari due date..Aku dijangka akan bersalin pada 15 May 2012..Memandangkan pada masa tu aku dah tak larat, kaki pun dah bengkak..Jalan pun dah semput, aku pun memberitahu suamiku dan dia membuat keputusan untuk membawa ku ke wad penilaian di Hospital Likas, Kota Kinabalu, Sabah.Suami ku membuat keputusan itu sebabnya, sebelum ni aku pernah ditahan selama 5hari dihospital sebab leaking air ketuban..Ketika itu, usia kandungan baru 7bulan, aku belum ready nak beranak weh..Hehe

Berbalik di wad penilaian, aku pun mula mendaftar di kaunter..Masa itu, pesakit agak ramai dan pada mulanya aku hanya berdiri tanpa tempat duduk.Aku diberikan baju pink pesakit sebelum dibuat pemeriksaan.Setelah menukar baju, aku pun menunggu namaku dipanggil jururawat dan doktor..Suasana di wad penilaian agak tegang, ada pesakit yang baru sampai sedang meraung-raung dan terus di masukkan ke tempat pemeriksaan..Doktor dan jururawat nampak kelam kabut..."8cm sudah ni..Bulih masuk sudah!! Tiba-tiba aku pula yang rasa seram sejuk..Lutut ku terasa bergegar..Takut tue..Pesakit tadi kemudian dibawa keluar.."Mommy, jangan kau bising2 sana mommy, takut orang lain,"kata bidan berbaju biru..Aku fikir, "Nie mesti Nurse Senior ni..Garang niey," fikir aku ketika itu..

Setelah 20minit menunggu, aku mendapat tempat duduk..Memandangkan aku ni agak peramah orang kiri kanan ku habis ku interview..Menghilangkan boring dan gusar dihati hanya aku dan Allah sahaja yang tau..

20minit lebih kemudian, Pn.Reena!!Eh, nama ku dipanggil..Alhamdulillah, sebab giliran ku sudah tiba..Aku tak perlu menunggu lagi..Tapi, matila aku,"fikir ku pada masa itu..Apalah Dr nak buat dengan aku niey !!!!Setelah ditemuramah oleh jururawat dan doktor, mereka menyuruh ku berbaring di katil kecil di hujung..Aku ingat dalam satu baris katil itu, ada 4 buah katil yang hanya dipisahkan oleh tabir..

"Baiklah pn, ada sebarang masalah??"
"Sy dah lewat 3hari doktor, sy risau kandungan bermasalah, nak minta tolong periksa jika ada apa2.."
"Kalau tengok denyutan jantung bayi tiada masalah ni puan..Tapi sudah lewat 3hari, pn mo tunggu sampai 7hari atau nak sy tolong bukakan laluan..Pn boleh tunggu dihospital, atau tinggal di rumah ikut puan.."kata doktor lelaki yang merawatku.
"Saya dah tak larat doktor.Doktor bukakan laluan ok jugak kot.."kataku
"Saya periksa dulu ya..Ni sakit sikit..Pn tarik nafas dalam2..Sambil jari doktor itu dimasukkan di xxxx ku..
"Baru 3cm puan, sy boleh tolong bukakan laluan"
"Ok!",kataku memberanikan diri..

Hmm, perasaan ku ketika itu..Ketika dibukakan laluan terasa seram sejuk..Nyilu dan aku rasa kebas, sakit di bahagian xxxx..Aku menutup mata menahan sakit dan perut menahan senak..

"Ok puan, sudah 4cm..Klu belum ada apa2, pn boleh balik dan tunggu dirumah..Aku menggangguk tanda setuju..

Aku ke tandas di wad penilaian untuk menukar pakaian..Kemudian, aku cuba membuang air kecil..Aku takut2 jugak.."Harap2 tak sakit.." Hm, tiada apa2 ni..aku tersenyum gembira..Dan cepat2 menukar baju..Kalau begini, bagus aku tunggu dirumah..Takut pula..hehe

Sebelum balik, aku kena menunggu lebih kurang 35minit lagi sebelum aku boleh pulang..Entah urusan apa yang membuat ku terpaksa menunggu, aku pun terlupa..Aish, mcm nak pergi toilet lagi ni tau!! Pergila kejap..

Di dalam tandas, aku terkejut..Nasibla aku memakai panty liner,ada bleeding berwarna hitam..Aku terasa macam nak pitam..Aku xjadi nak buang air..Aku keluar dan terus menelefon suami ku yang menunggu di luar wad..
" Bang, saya takut ni..Tadi doktor ckp sy blh balik, tapi rasanya xdapat ni..Ada bleeding hitam dekat pantiliner saya..!!!"Lutut ku bergegar

TO be continue..

Sunday 2 June 2013

Potty Training ^_^

Tak lama lagi nak dapat 2nd baby..Hihi padahal due date nye 8 November 2013..Tinggal 5bulan lagi!! Uuhuu..Si kecik Syakira macam dah besar gaya nye..Makan 3kali sehari, makan nasi,kentang, apa yang kitorang makan, sumenye dia makan jugak..Kesian si kecik Syakirah..Ibu xlarat nak masak special untuk kira, sebabnye, ibu mual-mual..ALhamdulillah, si kecik ni tak banyak songeh..Paling best tak memilih pun..Setakat ni okay..Alhamdulillah..Tapi, antara ciri makanan yang Syakirah makan adalah:

>>>lembut, kunyah sikit je dah boleh telan..Kadang-kadang buat bubur, kadang-kadang makan nasi jek, cuma letak kuah sup atau sup sayur biar nasi lembut senang nak telan.

>>> Tak pedas, tak terlalu manis, tak terlalu berminyak..Kesian oo..Syakirah kecik lagi..Baru 1tahun 3minggu..



Bila dah 1tahun lebih ni, terfikir nak buat potty training awal sikit untuk Nur Syakirah..Iye la, pampers mahal, nak beli susu tin lagik..Hmm, pas ni berazam nak full breastfeed untuk 2nd baby,IAllah..Berbalik kepada potty training, macamana kita nak tahu samada anak kita sudah bersedia untuk potty training :

Tanda-tanda fizikal :

1. Masa 'poo' yang tetap,boleh di agak dan tidak berak pada waktu malam
2. Boleh pakai dan buka seluar dengan sedikit bantuan
3. Berminat jika anda ke tandas

Tanda-tanda kelakuan:

1. Suka dan gembira apabila dipuji atau diberi galakan
2. Menunjukkan sikap berdikari
3. Rasa tidak selesa apabila pampers basah atau dikotori najis

Tanda-tanda kognitif atau pemikiran:

1. Boleh memahami dan mematuhi arahan ringkas
2. Boleh menyatakan samada ingin berak atau kencing
3. Menunjukkan tanda-tanda ingin kencing atau berak dengan berhenti sebentar apabila sedang melakukan sesuatu,pergi ke tempat lain atau memberitahu anda dia ingin berak atau kencing
4. Menyatakan dia ingin berak/kencing sebelum melakukannya

SUMBER BABYCENTRE

Hmm, bila tengok senarai ni, Syakirah haammpiir mematuhi semua ciri tersebut kecuali,pada umur 1tahun 3minggu ni, Syakirah masih memerlukan bantuan untuk memakai dan membuka seluar, tidak boleh menyatakan ingin poo atau wee lagi,dan Kira masih belum tahu nak inform jika dia nak berak atau kencing lagi..IAllah tak lama lagi la tu :-)



Hmm, berazam nak potty training Syakirah sebelum bayi 2nd lahir,IAllah..Harap-harap dapat..Nanti akan di update perkembangan nye (^_*)