Tuesday 21 May 2013

Baby Tantrum

Beberapa hari ni, aku perasan anakku Syakirah sudah mula hendak bercakap..Membebelnya bukan main panjang, tapi satu pun aku tak faham..Haha..Hari ini 21 May 2013, Syakirah sudah 1tahun 3hari..Wah besar sudah si kecik ni rupanya..Macamana aku boleh tak perasan ya..Mungkin setiap hari dok menghadap si kecik itu aja..Aku pon xperasan rupanya masa berlalu begitu cepat, daripada bayi dia sudah jadi budak besar ye..Ehe..

Tapi, yang aku geram kan dia mula pandai merengek, merajuk, minta dukung, dan macam-macam la..Ini menyebabkan aku susah untuk buat kerja rumah yang lain.. Ada satu tahap, sampai hilang kesabaranku, aku masuk bilik baring sorang2, tapi masa tu suami ku ada tengokkan si kecik Kira tu..20minit aku berehat, tenangkan fikiran barulah aku sedikit lega..Boleh rimas juga kalau 24jam nak berdukung, minta perhatian..Yang paling aku stress setiap kali aku pegang handphone atau Ipad, mesti dia berebut dengan ku untuk menonton kartun di YouTube..Aduh, si kecik ni..Tensionnya ibu!!

Bila ku search tentang perangai anak ku ni, aku terjumpa tentang artikel baby tantrum yang banyak bersepah di internet..

Di sini ku ringkaskan:

Tantrum adalah kemarahan atau perubahan emosi secara tiba-tiba..Bagi kanak-kanak, ianya bermula dari umur 15 bulan hingga 6 tahun.Bagi kebanyakkan bayi bawah 2 tahun, tantrum terjadi kerana :-

1. Ketidakmampuan mengungkapkan keinginan mereka kerana bahasa yang terbatas. Ini menyebabkan bayi anda berasa sedih dan kecewa.
2. Pergerakan yang terbatas atau terhalang
3. Kehendak dan keinginan yang dihalang
4. Anak berasa lapar, penat atau sakit

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang boleh kita lakukan adalah

-Bersabar, dan berfikiran seperti orang dewasa. Cuba tenangkan anak anda dengan membawa nya ke tempat yang kurang sibuk jika anda berada di luar seperti shopping kompleks. Jangan tinggalkan anak anda, kerana dia akan rasa diabaikan. Sesetengah pendapat, adalah elok kita memeluk anak kita dan cuba menenangkan mereka dengan kata-kata lembut..Tetapi, sesetengah pendapat menyatakan biarkan sahaja anak kita dalam keadaan tantrum sehingga dia sejuk sendiri..Kedua-dua approach ini boleh dicuba kerana setiap budak memerlukan pendekatan yang berbeza



-Bagi anak yang berusia 2tahun ke atas, yang sudah memahami kata-kata kita, antara pendekatan nya adalah dengan berbincang tentang sebab dan kelakuan buruk anak tersebut. Pertama sekali, cuba kenal pasti kenapa anak kita berkelakuan tantrum dan kemudian berbincang dengan anak anda..Contohnya,"Oh, anak ibu nak susu.Sekarang, bila syakira sudah tenang,baru ibu tahu kenapa syakira sedih..Maafkan ibu sebab tidak perasan ya.."

-Berikan peluang kepada anak anda untuk memilih.

-Sentiasa perhatikan tanda-tanda stress pada anak anda.

Kesimpulannya, semasa anak kita dalam tantrum, kita perlulah menenangkan mereka dengan memeluk mereka, membisikkan kata-kata sayang dan cuba memahami perasaan mereka.Bagi orang Islam bacakan Surah Al -Kursi bagi menghalang gangguan syaitan yang cuba mengambil kesempatan kepada mereka yang sedang marah. Jangan sesekali marah,menjerit, dan memukul anak-anak kecil anda kerana ini akan menjadikan mereka lebih memberontak atau membesar menjadi seorang yang pengecut..



"Ya Allah, kurniakan la aku kesabaran untuk membesarkan anak-anak ku ya Allah. Semoga mereka akan menjadi hamba mu yang beriman, berbakti kepada kedua ibu bapa dan dapat menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat" Ameen ya Rabbil Alamin..

No comments:

Post a Comment