Sunday 16 February 2014

Cuti seorang surirumah

Sebelum ni tak terdetik dihati akan menjadi seorang SAHW-Self at Home Mum..Bila baca-baca di internet ramai sungguh wanita yang bekerja bercita-cita menjadi SAHW. Syukur Alhamdulillah,mungkin ini adalah kesempatan yang Allah berikan kepada aku untuk menjaga anak-anak,makan minum dan keperluan mereka.

Cuti seorang surirumah..Hm,bila terfikir semula seorang ibu yang bergelar surirumah tidak pernah bercuti. Jika ada anak kecil terutama bawah 1 tahun, memang seorang ibu surirumah tidak mempunyai masa untuk diri sendiri,kerana bayi sekecil itu bergantung sepenuhnya kepada kita untuk minum susu, bersihkan lampin dan tidur.

Jadi, aku memandang cuti sebagai surirumah dari sudut dan perspektif yang berbeza.

1. Cuti seorang surirumah, adalah pada waktu hujung minggu apabila si ayah ada membantu menjaga anak-anak sementara aku sibuk dengan kerja dapur seperti memasak, mencuci pinggan mangkuk dan menjemur baju. Wah, alangkah bahagianya dapat bekerja tanpa risaukan si kecil menangis dan kakaknya main di ruang tamu.

2.Cuti seorang surirumah adalah apabila si ayah membawa kami keluar berjalan-jalan samada ke shopping mall, playground atau berjalan ronda-ronda di dalam kereta.Alangkah bahagianya sebab ketika itu Syakirah sibuk memandang keluar jalan raya,bermain permainan di taman, dan si kecil pula duduk di carseat kereta..Terasa ringan dibahu tidak perlu mendukung bayi ditangan dan aku hanya duduk diam-diam tersenyum dan kosongkan fikiran..

3. Cuti seorang surirumah adalah apabila aku dapat minum nescafe kegemaran ku pada waktu petang sambil fokus menonton rancangan di TV tanpa risau memikirkan anak-anak sebab mereka sedang asyik tidur di bilik.Pada ketika itu, bolehlah aku membuka internet sekejap sambil ber'facebook'dan ber'window shopping' benda-benda yang aku berkenan..Haha..Gembira nya

4.Cuti seorang surirumah adalah apabila aku dapat tidur sebentar 15-20 minit dengan nyenyak tanpa gangguan sebarang bunyi..

Kesimpulannya,setelah menjadi surirumah aku mudah bergembira dengan sedikit masa yang boleh aku peruntukkan untuk diri ku sendiri. Nikmat masa yang diberikan kepada kita semua patut dihargai dan digunakan spenuhnya oleh kita semua..

Allahualam 

1 comment:

  1. he2, dapat rehat 5 minit pun dah cukup, rasa macam risau plak kerja banyak tak siap

    ReplyDelete