Wednesday 9 April 2014

Susu badan yang merosot !!

Sejak kebelakangan ni aku seperti mudah letih..Bila letih pulak yang kesiannya anak -anak..Iyalah aku jadi senang rimas dan cepat marah..Sampai pada satu tahap,aku terasa ingin pitam dan segera menelefon suami agar cepat balik; sebab tak larat menjaga budak budak..Aku tahu aku perlu berehat..

Alkisahnya,aku pun mencuba minuman 3 in 1 Super Power Kacip Fatimah.Hari pertama minum, wow memang memberi tenaga..Aku ni susah dapat rehat kalau di rumah..Boleh tunggang terbalik dengan syakirah yang suka memanjat- main lompat lompat ,menconteng,Irfan lagi yang tak suka dibiarkan baring..Irfan pun nak main-main jugak macam si kakak..So,aku lah yang kena pegang sepanjang masa.

Hari kedua minum,aku perasan susu badan ku berkurang!! Waa sudahla aku tak pandai direct breastfeed..Pam pun 2-3 sesi hanya dapat 90ml sahaja!! Ini pertama kali berlaku..Aku bincang dengan suami tentang hal ini. Azlan masih bagi sokongan 100% bagi penyusuan susu ibu pada Irfan dan dia mencadangkan aku agar menambah kekerapan sesi mengepam setiap 3 jam..Sebabnya sebelum ini aku pam setiap 6jam aku boleh dapat dalam 200ml !!

Menambah masa mengepam tidak membantuku  untuk menambah susu badan. So aku membuat keputusan untuk membuat Power Pumping pada malam itu! 

Aku juga membaca sebab-sebab  kurangnya susu badan dan aku dapati Sejak pengambilan minuman Super Power kacip Fatimah susu badan mula berkurang.. Ini kerana,Kacip fatimah membantu menaikkan hormon estrogen wanita yang menyebabkan kurangnya penghasilan susu .

Wah,begitu teruk kesannya dalam penghasilan susu badan.walhal aku memang penggemar minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.. Selepas aku berjaya mengenalpasti punca kemerosotan susu badan,aku terus tidak minum minuman tersebut lagi. apa yangenggembirakan 1 hari selepas kejadian tersebut,susu badan ku banyak seperti biasa :-)

Sekarang untuk memberi ku tenaga dan nutrisi yang diperlukan aku mula menghabiskan multivitamin azlan yang banyak di rumah. Alahamdulillah,aku mula nampak kesam positif dengan kurang merasa penat seperti sebelum ini.

Aku berharap,aku dapat meneruskan penyusuan susu badan buat masa ini sehingga genap 6 bulan. Jika ada rezeki aku akan cuba menyusukan Irfan sehingga genap 2 tahun. Oleh itu Aku perlu menjaga kesihatan ..

No comments:

Post a Comment