Antara tanda-tanda SPD adalah:
1. Sakit belakang
2. Nyilu di kawasan kemaluan
3. Sakit kawasan kaki, peha etc semasa berjalan,atau turun naik tangga
4. Sakit yang teruk pada waktu malam
Walaubagaimanapun, tujuan hormon relaxin ini adalah membantu wanita semasa proses hamil dan melahirkan anak kerana, hormon ini membantu tubuh wanita menjadi lebih lentur..Maksud nya sendi dan tubuh kita lebih stretch bagi menampung pembesaran bayi semasa di dalam rahim :-)
Selepas kita bersalin, tubuh wanita masih menyimpan hormon relaxin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas bersalin. Manfaat ini, sepatutnya digunakan bagi semua wanita untuk mengembalikan tubuh kita kepada bentuk normal. Oleh itu memakai bengkung merupakan salah satu cara, membentuk semula tubuh wanita selama tempoh berpantang.
Semasa saya berpantang 2 bulan, saya lebih suka memakai bengkung tradisional. Ini kerana bengkung tradisional lebih ketat dan menyerap peluh berbanding bengkung moden. Saya mementingkan pemakaian bengkung tradisional selama 2 bulan berturut-turut kerana di sebalik bengkung banyak kelebihan yang tidak ramai wanita ketahui:
1. Bengkung dapat membantu mengempiskan kawasan berlemak pada perut, peha dan pinggul
2. Bengkung dapat mengembalikan bentuk badan wanita dengan cepat terutama kepada ibu yang
menyusukan bayi
3. Bengkung dapat membetulkan posisi tulang belakang kita yang menampung berat badan
berlebihan semasa hamil
4. Bengkung dapat menguatkan otot perut yang merenggang semasa mengandung
Walaubagaimanapun, ibu-ibu semua, pemakaian bengkung tradisional perlulah dilakukan dengan cara yang betul.Ia perlu dililit bermula dari perut hingga ke pinggul. Di bawah adalah cara-cara pemakaian bengkung dengan betul. Semoga bermanfaat !!
as salam puan, saya danita, saya meminta izin utk untuk share ayat ini ya
ReplyDelete1. Bengkung dapat membantu mengempiskan kawasan berlemak pada perut, peha dan pinggul
2. Bengkung dapat mengembalikan bentuk badan wanita dengan cepat terutama kepada ibu yang
menyusukan bayi
3. Bengkung dapat membetulkan posisi tulang belakang kita yang menampung berat badan
berlebihan semasa hamil
4. Bengkung dapat menguatkan otot perut yang merenggang semasa mengandung
untuk dimasukkan dlm page saya, terima kasih
fb saya Danita Maternity store
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBerbengkung memang sangat penting untuk dapatkan balik bentuk asal badan. Rugi sesiapa yang tak berbengkung tau.
ReplyDeleteJEMPUT BACA BLOG SAYA