Sunday 12 May 2013

Pengalaman berhenti kerja

Tanggal 25 Julai 2012, merupakan hari terakhir aku bekerja di syarikat GLC. Rasanya sdh hampir 4 tahun aku di syarikat S. Aku terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana aku perlu menemani suami yang akan melanjutkan pelajaran ke Luar Negara. Banyak kenangan manis yang aku tinggalkan di sini. Kawan-kawan yang best, morning briefing pada 700-730pagi di pantry pejabat, rutin pejabat yang sibuk, rakan sekerja yang lawak tapi profesional (hmm macamana tu), meja aku yang kemas hehe, dokumen yang berlambak, panggilan yang sibuk, dan banyak lagi..

Tapi, banyak juga kenangan pahit yang aku tinggalkan tapi yang sudah aku lupakan..Udah2 la tu, yang buruk jangan dikenang..Sebelum 25hb, aku telah diraikan dalam 3 farewell party yang berbeza.. Ini kerana selama aku dalam syarikat S, aku telah berada dalam 3 Jabatan yang berbeza. Yang dapat aku rasakan pada ketika itu,terharunya hatiku.

Farewell Pertama,

Aku telah di bawa ke Restoran Seafood yang berdekatan pejabat kami. Ada, cenderahati diberikan pada ku membuat aku rasa sebak dan terharu. Kawan-kawan di sini merupakan rakan sekerja ku yang pertama di Syarikat S. Mereka la teman ku bergaduh, pernah bermasam muka, ketawa dan lepak bersama tetapi kami tetap rakan sekerja yang baik. Ada 4orang yang ku rapat di sini, tetapi semuanya lelaki. Sekarang, ku dengar cerita 3 antara kawan ku sudah berhenti kerja kerana ingin memulakan bisnes sendiri.



Farewell Kedua,

Kawan-kawan ku mengadakan jamuan ringkas di pejabat..Semua mereka masing-masing membawa potluck. Aku disuruh memberikan ucapan ringkas. Pada ketika itu, mengalir air mataku..Aku ingat mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah bersusah payah kerana ku. Aku mohon maaf kepada semua jika aku terkasar bahasa,termakan terminum dan menyakitkan hati mereka. Pada ketika itu, aku nampak beberapa orang kawan perempuan ku turut mengalirkan air mata..Iya la, kami sudah jadi akrab dan rapat..Apabila seseorang akan pergi terasa sayu hati dan naluri kita.Mereka telah membelikan ku set baju kurung, tudung dan kerongsang untuk ku pakai berhari raya di Luar Negara. Itu la tanda ingatan mereka yang aku masih ingat hingga hari ni baju kurung biru berlabuci indah di leher.Aku belum berpeluang memakai baju kurung itu sehingga kini.



Farewell Ketiga,

Rakan pejabat ku telah menempah bilik di Restoran Seafood yang agak terkenal di KK. Menurut mereka, mereka ingin aku merasa duit tabung kumpulan yang kami simpan setiap bulan yang baru dimulakan setahun lalu. Pada mulanya, kami merancang untuk mengadakan Family Day di resort dan menaja seluruh keluarga staf kami, tetapi memandangkan aku akan pergi, mereka membuat keputusan untuk membelanja aku makan.

Malam itu, ada set karaoke di dalam bilik yang kami tempah. Mula-mula nya aku malu, iya la, orang yang dirai pula yang excited nak karaoke. Tapi, sebab terlalu lama menunggu kawan ku untuk mula, aku pun buat keputusan untuk ambil mikrofon siap mengajak kawan ku pula nyanyi duet bersama ku..Mood yang sedih jadi gembira pula..Hahaha..



Hari terakhir ku di pejabat..

Aku berjumpa dengan semua senior ku.Aku minta maaf jika aku ada tersalah tersilap. Aku katakan kepada bos kedua ku," Dulu saya lapor diri pada puan, sekarang saya mohon tarik diri" Aku berlawak kecil menyedapkan hati ku masa itu..

Buat kawan-kawan ku di Syarikat S,

Roslan, Razali, Amir, Frederick, Halim, Abg Masaid, Kak Fazidah, Kak Ain,Jacq,Nadzillah, Pn Rommella, Hj, Kak Linda, Abg Hamzah, Rizuan, Andy, Henny, Naria dan semua yang terlupa ku sebutkan, saya ucapkan terima kasih atas kerjasama, persahabatan dan semua yang pernah kita lakukan bersama.

FRIENDSHIP FOREVER (*_*)

No comments:

Post a Comment