Monday 17 February 2014

Bersalin di hospital likas -The end ^_^

17.05.2012 830malam

Sakit kontraksi yang sedang aku alami semakin membuatkan aku lemah..kontraksi setiap 5minit sangat sakit di pinggang hingga aku tidak mampu tunduk,duduk dan hanya terbaring dikatil..Tengahari tadi mentua lelaki dn perempuan ku melawat bersama suami ku..aku seperti mamai bermimpi..Sehingga satu tahap,aku gagahkan diri turun ke katil dan pergi ke tandas..

Jam 6 petang
Ketika menuju ke tandas aku dapat rasakan seperti sebaldi air keluar dari vxxx ku..aku memberitahu doktor bertugas dan mereka memeriksa ku..Rupanya ketubanku akhirnya pecah sendiri namun hanya separuh sahaja..Doktor dan jururawat mengelilingi ku dan doktor memberitahu dia akan memecahkan keseluruhan air ketuban bagi mempercepatkan sakit bersalin..Aku hanya menggangguk lemah..

jam 8 30pm -17.5.2012

Aku dibawa masuk ke labor room..aku minta epidural kerana badanku sangat lemah menanggung kontraksi yang agak lama..jadi walaupun bukaan pada ketika itu baru 6cm mereka sudah membawa ke ke wad bersalin

Jam 330am

Akhirnya bukaan serviks sudah 10cm..ketika itu seorang bidan dan doktor bersama ku dan menyuruhku meneran..Walabagaimanapun disebabkan epidural,aku gagal merasa kontraksi dan menyebabkan aku sukar meneran dengan betul..Doktor membuat keputusan untuk melakukan kaedah vacum..Aku dan suami bersetuju..

Alhamdulillah setelah 2hari ditahan dihospital dengan kontraksi dan kesakitan yang agak lama..Lahirla puteri sulung kami Nur Syakirah binti Mohd Azlan seberat 3.65kg pada 18.05.2012 -Jumaat..Semoga Syakirah akan menjadi anak yang solehah ya sayang :-)

2 comments:

  1. hi Reena, anak kita berkongsi tahun lahir dan hospital yang sama.
    baby Syakirah tua bulan dari anak saya, anak saya lahir bulan 12 :)
    best baca pengalaman bersalin ko. saya belum berkesempatan mau tulis.
    ada ja halangan. hahaha

    ReplyDelete
  2. Oh iya ka? Tulis la kongsi pengalaman..nanti kalau mgandung lg blh flash back pgalaman bersalin yang lalu. ^_^

    ReplyDelete