Monday 17 February 2014

Tips surirumah

 Memandangkan tugas surirumah merupakan tugas yang mencabar dan kelam kabut,aku senaraikan beberapa tips yang 'applicable' untuk aku dan sesiapa saja yang mungkin berminat dengan idea ni.

Kebanyakkan idea dan tips ni aku perolehi melalui pengalaman bersama mak,mentua dan suami ku sendiri!!

1. Jika anda membeli ayam,atau ikan,asingkan awal-awal..Oleh itu semasa anda membeli ayam misalnya,anda minta penjual potong siap-siap ayam tersebut supaya mudah untuk anda asing-asingkan mengikut sekali masak dalam plastik atau bekas

2. Kupas awal-awal bawang putih,halia,bawang besar atau bahan2 masakan bagi kegunaan beberapa hari..Biasanya aku potong siap untuk kegunaan seminggu..Senang crita..Hehe

3. Jika anda menjemur kain,gunakan hanger..Baju lebih mudah kering dan tidak menggunakan ruang ampaian yang banyak

4. Cuci kain pada waktu malam supaya awal pagi lagi anda boleh menjemur baju..nak kejar matahari kan..Hihi

5. Masak nasi atau bubur anak awal-awal supaya anak dapat makan on time..Kalau kita lambat makan takpe janji anak makan dulu!

6. Kalau beli daging,rebus atau slow cooked awal-awal supaya daging lembut dan anda bolehla simpan dalam freezer untuk di masak bila-bila yang anda mahu..kalau daging da lembut nak jadikan perencah masakan pon senang.

7. Jika memasak,cuba jangan timbunkan pinggan mangkuk..Kalau singki penuh susah nak buat kerja dan kita pun malas nak mencuci pinggan mangkuk kotor..Alamatnya,kita akan bertangguh-tangguh

8. Jika anda mandi,ringan-ringankan tangan membersihkan dinding tandas sekali sekala..Alang-alang da basah,bersihkan sikit agar kurang kotor dan sentiasa bersih

9. Banyak masakan aku yang menggunakan lada kering jadi, memandangkan aku paling malas nak mem'blender' takut anak terkejut.Aku pon blender siap-siap lada kering...Ni untuk surirumah yang ada baby kecil macam aku..haha ^_^

10. Tanam daun-daun rempah seperti daun kari,daun kunyit,dan daun limau purut di halaman rumah samada di tanah atau dalam pasu..Selain senaman ringan(bercucuk tanam ler) dapat berjimat jugak..kalau rajin lagi tanam la sayur-sayuran sepwrti sawi dan terung yang mudah tumbuh dan dijaga

Sekian.

No comments:

Post a Comment