Sunday 16 February 2014

Bersalin di Hospital Umum Sarawak

Aku nak share pengalaman bersalin di Hospital Umum Sarawak baru-baru ni..Dah lama dah, 7hb November 2013..Tiba-tiba teringat sebab terbaca berita dekat utusan online..Siapa yang tak tau boleh baca link ni:

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140216/dn_33/Kecuaian-mungkin-punca-kebakaran-hospital

Tanggal 7hb November 2013, aku mula contraction start dari tengah malam jam 12pagi tu..Mula-mula aku rileks je..Mother instinct ku mengatakan baby belum nak keluar lagi..Sehinggalah besok pagi jam 630..AKu mula berkira-kira sela waktu contraction dan pada ketika itu aku mula sakit setiap 15minit..Tapi aku dengan rileksnya suruh husband ku pergi kerja dulu.."Lama lagi ni"kataku pada ketika itu..Ceh, ada gaya novel tak..Hihi.

Jam1230 tengahari husband balik makan tengahari..Dia berehat-rehat dan husband ku cakap dia tak pergi ofis petang tu just in case aku nak terberanak..Lagipun,dia risau."Eh sayang jugak dia dekat aku ae",kata ku dalam hati..Almaklumlah, husband ku ni jenis rileks nak cakap I love u pon susah taw..Tapi I know him..Biasalah suami memang macam tu..Nak buat cammana..Jam3 petang, aku ajak suami ke hospital sebab aku dapat rasakan aku akan terberanak tak lama lagi dan risau kami akan terperangkap dalam jammed.

On the way ke hospital, Nampak panic tak? Senyum-senyum pon nervous tau!!


Pendaftaran

Jam 5petang aku sampai..Doktor periksa, dah 6cm rupanya..Pada jam630petang gitu aku pon ditolak ke labor room. Selepas menukar baju,bidan pon periksa bukaan serviks dah 8cm..Selepas itu,aku pon minta izin untuk ke tandas..Sempat lagi nak buang air..kikikih..Bidan suruh aku amik ubat berak tapi bila aku bagitau last berak jam230petang gitu, dia cakap tak payah..Aku ok jer. Keluar dari tandas, aku cakap dengan bidan aku nak berak, bidan cakap eh jangan berak!! 1st time orang suruh aku jangan berak tau.."Mungkin bayi nak terkeluar la tu,"Kata bidan..Mereka pun periksa.."Puan, dah 10cm ni, kalau nak teran, teran je la ye," kata bidan.Punyalah aku terkejut! Sekejap nye contraction kali ni..Aku tak sempat penat pon..

Alhamdulillah, dengan 2 kali teran keluar la anak kedua ku baby boy seberat 3.4kg pada jam710petang 7.11.13 yang kami beri nama Irfan Wafi bin Mohd Azlan. Semoga menjadi anak yang soleh ya sayang.. :-)

Secara keseluruhan HUS

1.mempunyai fasiliti yang lengkap. Kalau tak lengkap takdenye hospital swasta pon suruh hantar hosp kerajaan kalau kes emergency kan..

2. Berbanding Hospital Likas,HUS kurang sesak..Sepanjang aku ditahan di hospital, aku tak nampak "pendatang" pun. Kalau di Hospital Likas, mak aii banyaknya hingga aku orang tempatan pon perlu bersaing mendapat tempat.

3. HUS bersih dan kemas..Senang nak cari wad cuma tempat parking yang sempit dan sedikit untuk menampung orang ramai.

4. Layanan yang aku terima semasa di wad agak 'kureng'. Jururawat kurang mesra dan tidak membantu selepas aku baru keluar dari labor room :-( Kalau di Likas, jururawat lebih peramah dan membantu. Mungkin disebabkan di Likas, jururawat nya banyak yang muda--muda ;-) 

Sekian


3 comments:

  1. Salam. Bersalin kat sia ad private room x ho?tq :)

    ReplyDelete
  2. Klu hosp gov mcm Hus ada private tp kna booked with deposit..cuba double check dkt HUS..klu hosp sabah mcm tu..Rasanya sama ja

    ReplyDelete
  3. macam ni mok book private room hospital kerajaan owwhh..kmk mok book

    ReplyDelete