Friday, 7 March 2014

Pengalaman berniaga di bulan puasa 10 Julai 2013

Bulan puasa tahun lalu aku mencuba berniaga di bazar Ramadan Kingfisher. Bersebelahan dengan Hospital Likas dan hanya 5 minit dari rumah ku. Pada ketika itu,kandungan aku masuk 5 bulan. Perut aku mula memboyot tapi syukurlah morning sickness ku sudah hilang..

Setelah berbincang dengan suami, dia bersetuju membenarkan aku membuka gerai sepanjang bulan puasa itu..Eii seronot nye..Sebenarnya telah lama aku berfikir-fikir untuk membuka gerai sewaktu bazar tapi tak pernah kesampaian sebab aku kan kerja sebelum ni..mane ade mase..huhuhu

15 Julai 2013

Hari pertama berniaga. Aku menjual nasi lemak ayam goreng berempah dan pelbagai jenis air seperti Teh Bunga , Lohanko, Bandung Laici dan Air Asam Boi..Aku mula membuat persiapan memasak sebaik sahaja selesai bersahur..Semangat kan? Biasa la hari pertama..Hihi..

530am

1. Potong bawang, halia, serai, bawang besar sudah aku siapkan hari sebelumnya.Jadi aku hanya tinggal blend dan tumis untuk menyiapkan sambal nasi lemak.[Check]

2. Aku mula mereneh bunga krisantimum,buah longan +gula merah+gula melaka + daun pandan,cairkan air gula, dan sewaktu dengannya [Check]

3. Perap ayam  [Check]

4. Nasi aku masak masa nak dekat-dekat masa menjual iaitu jam 10-1030 pagi..Sekali masak dapat 15 pot. Nasib mak mentua ada 2 rice cooker besar..Aku boleh masak serentak dan menjimatkan masa.. [Check]

5. Jam 12-1230,aku mula menggoreng ayam.. [Check]

Begitula setiap hari sepanjang bazar ramadhan itu ~

Macam simple je kan..Tapi sebenarnya dengan keadaan yang masih subuh-subuh lagi. Kan biasa masa tu kita masih di ulit mimpi,berselimut sejuk-sejuk lagi. Tapi time tu la aku tengah sibuk di dapur. Nasib ada bantuan mak mentua, dia la banyak membantu bersama-sama ku di awal pagi..

Bayangkan la kalau orang yang kerja di restoran,bukan 1 lauk, tapi sampai 15 lauk macamana tu?? Patutla kalau ada restoran sekurang-kurangnya kena ada 3 pembantu dan seorang tukang masak ok!! Nak buat persediaan memasak satu hal! Haaah nak membersihkan pula..Em,matila..hehe

Sabar-sabar ni baru hari pertama..Aku menguatkan azam di dada!!!

1 petang

Aku dan adik ipar Jojo mula ke tapak gerai..Masalah timbul apabila gerai kami berada di tengah antara dua khemah. Dan lebih dasyat lagi khemah kepunyaan ku bersaiz 8 x 8. Sedangkan pihak DBKK hanya membenarkan khemah bersaiz 8x4.. Aku baru tau da :-(
Aku beli sebelum taklimat diadakan. Nasib la tuan punya gerai di sebelah ku: kiri dan kanan sporting dan membantu agar khemah ku muat antara khemah mereka. Fuhh!!

>> Pengajarannya,datang awal 30minit -1jam untuk buka khemah..Kalau tak,memang akan menyusahkan gerai-gerai yang lain. Lebih teruk lagi kalau tapak khemah berdekatan antara satu sama lain.

Setelah khemah dipasang,kami pun setup gerai makan kami. Nasi lemak disusun cantik,air aku simpan dalam cooler box supaya tahan sejuk..

Sesi Taklimat Bazar Ramadan 2013


Tokey nasi lemak ayam goreng berempah


Pegawai DBKK


Nasi lemak siap dibungkus masa peak hour


Air Bungkus


Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah RM4 sahaja.Kira murah ye dengan ayam goreng besar cam tu!!

Gerai berhadapan Restoran Mawi


Bergotong royong bungkus air.Eh Syakirah pon ade sama la..Dia pun tolong gak.Tolong kacau..Hihihi


"Ade apa-apa yang saya boleh tolong ayah?,"



Ikan bilis,timun,Telur aku simpan dalam tupperware nanti orang datang baru aku letak sekali dengan sambal..

Tetiba,datang seorang pakcik.."Assalammualaikum nak.Berapa sebungkus nasi lemak ayam goreng berempah ni? "
" Saya jual Rm4 pakcik."
" Okay. bagi pakcik xx bungkus ya.Pakcik nak sedekah di masjid. sempena hari pertama berbuka puasa"

Terkejut gak aku..Hampir separuh jualan telah habis.Lepas satu satu.. Yang aku panik sekali datang 4-5 customer ..Fuhh!!
Macam tak percaya ni..Bila pelanggan beli nasi kadang-kadang sangkut pula terbeli air.

Masa nak dekat jam 6 aku mula buat lelong.. air tinggal beberapa bungkus dalam 10 bungkus begitu. Apa lagi,"Lelong-lelong 3  Lima Ringgit 1 Dua Ringgit" Tersenyum-senyum orang sebelah..Ada aku kisah..Hihihi..

Begitulah kenangan manis aku hari 1st berniaga. Tapi banyak jugak yang buruk seperti:

1. Apabila hujan lebat dan pada ketika itu angin kuat hingga kami terpaksa memegang khemah untuk mengelak gerai kami terbang



 2. Aku basah kuyup terkena hujan hingga mentua ku turun membawakan aku jaket

3. Makanan tak habis dijual. Terutama pada bulan tua atau di tengah bulan apabila orang mula pokai..Lebih lebih lagi cuaca pada bulan puasa tahun lalu sentiasa hujan angin kuat

Aku teringat terserempak dengan seorang kawan lama, teman sepengajian ku semasa di universiti..Dia agak terkejut aku menjual nasi lemak siap dia cakap :

"Reena!! kenapa ko jual nasi lemak ni?? Suami ko kan mampu,gaji besar,pensyarah lagi??" Aku hanya diam.. Tersenyum. Mungkin dia kasihan kan aku. Dengan keadaan sarat,aku berniaga..

Tetapi...

Cuba bayangkan satu hari pendapatanku boleh mencapai RM2++,baru sehari ok. Cuba darab kan dengan 30 hari,Hmm pendapatan ku pada bulan itu sahaja lebih besar dari gaji ku semasa bekerja sebelum itu wokey!!

Pengajaran:-

Jangan menganggap peniaga tepi jalan itu sebelah mata.. Sebab,dompet penjaja tu mungkin lebih tebal dengan duit berbanding anda!!

# Sebenarnya aku bukan mencari wang semata. Duit yang suami ku berikan setiap bulan sudah lebih dari cukup..Aku inginkan pengalaman,dan aku ingin melihat dari sudut pandangan ku sendiri. Sebagai seorang peniaga di jalan, Asyik-asyik membeli aku pun nak tahu jugak macam mana berniaga..Terus terang,memang PENAT ye..Sekali lagi PENAT!! Dengan keadaan aku yang bulat lagi. Tapi setiap kali habis meniaga rehat-rehat kira hasil..Berbaloi,memang berbaloi!!

Kini aku tahu menjadi seorang peniaga memerlukan kesabaran,pengorbanan masa. Sejak itu,aku lebih teliti dengan harga. Terutama dengan harga ayam!!! hahaha ..Adodoi.. kalau dulu aku main bayar jak!! Kalau sekarang,apa? Sembilan ringgit sekilo?? Mahal tu..Hehe..

##Terimakasih kepada mertua yang banyak membantu dan jugak kepada suami ku yang sentiasa memberi sokongan moral, masa,modal dan tenaga buruh percuma :-) Wink wink ^_*


1 comment:

  1. Alhamdulillah.... Tahniah. Kak Sue pn nak resign n nk mula niaga. insya-Allah.

    ReplyDelete