Monday 31 March 2014

Flash card simple!!

Aku berazam untuk mengajar syakirah membaca seawal yang mungkin.Oleh itu,langkah pertama aku membuat flash card ku sendiri!!

Mesti orang berfikir kan banyak flash card yang dijual..Kenapa tak digunakan terus. Ini adalah aktiviti ku di rumah bersama anak anak.Biar mereka nampak effort yang aku curahkan untuk membuat flash card agar mereka lebih menghargai selain bermain dan belajar bersama. Selain itu aku membuat flash card sendiri untuk memperkenalkan dulu perkataan yang sering kami gunakan di rumah seperti : ayah-ibu-irfan-syakirah-nenek -atok bagi kategori famili.

Dengan membuat flash card sendiri,kita dapat berjimat selain mempelbagaikan kosa kata anak-anak kita.

Bahan-bahan membuat flash card:

1. Poster



2. Manila kad
3. Marker pen-permanent
4. Gunting
5. Double tape



Langkah-langkah

A. Potong gambar ikut saiz dikehendaki



B. Tulisan dipotong dan ditampal menggunakan double tape mengikut nama objek di belakang kad





P/s :

1. Flash card hendaklah disusun mengikut kategori



2. Buat 3 sesi pada waktu pagi -tengahari -petang.. Katakan pada minggu itu,anda ingin mengajar abc pada anak anda..setiap 1 sesi - tunjukkan 5 kad berulang kali.   Sesi kedua dan ketiga, tunjuk kad yang sama tapi rawak kan susunan kad..

3. Tunjuk kad yang berbeza pada hari seterusnya sehingga anak anda familiar dengan objek atau perkataan tersebut

4. Pastikan anak anda dalam keadaan yang bersedia dan gembira untuk bermain aktiviti flash card. Jika tidak,simpan saja   Flash card tersebut..


Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment