Sunday 9 March 2014

Resolusi mendapatkan berat badan ideal

Aku sudah mendapat berat badan aku sebelum mengandung iaitu 58kg. Tanpa diet dan senaman aku hanya melakukan kerja rumah seperti biasa,makan seperti biasa dan paling penting aku menyusukan sepenuhnya anak kedua ku yang baru 4 bulan kelmarin..

Kalau ikut kiraan BMI,julat berat dan ketinggian ku adalah dalam kategori normal.Tapi,aku ingin mendapatkan berat badan ideal iaitu 51.3kg..Wah,siap ada 300gram lagi gitu!! Hahahaha

Untuk mengira samada kita dalam kategori obes,normal atau underweight,anda boleh kira menggunakan link dibawah:-

http://www.heartfoundation.org.au/healthy-eating/Pages/bmi-calculator.aspx

Cara mengira berat ideal anda
menurut Bocca:

BB Ideal = (TB dalam cm – 100) – 10% kg

Misalnya Tinggi Badan Aku sekarang 157 cm, maka cara penghitungannya adalah:

= 157 – 100 = 57
= 57 – 10% = 57 – 5.7 = 51.3 Kg

Jadi, berat badan ideal aku adalah 51.3 Kg

Walaupun dalam kategori normal,aku ingin mendapat berat ideal untuk kesihatan yang lebih baik,dan mengurangkan "spare tire" yang berlebihan ni..hehe..Lagipun,susah jadi terlalu gemuk ni mudah penat la,senang mendapat sakit, keyakinan diri pun berkurangan..

Isteri selalunya nampak lebih cepat tua berbanding suami. Ini semua disebabkan oleh hormon wanita yang banyak berkurang terutama selepas mengandung dan melahirkan anak..Tetapi jika kita pandai mengawal pemakanan dan kesihatan kita insyaAllah kita akan nampak lebih awet muda.Aku bertanya dengan suami samada aku patut mengambil suplemen.Almaklumlah tidak lama lagi aku akan masuk 30 tahun!! Tetapi suamiku kata,tidak perlu sebab itu semua normal dan kita hanya perlu jaga makan..Aku pon fikir..Betul jugak ^_^

So,ini antara resolusi yang aku akan buat

1. Makan 5 sudu besar oat setiap hari


2. Minum green tea untuk minum petang..Masih tengah berusaha..Rasanya langsung tak kena dengan tekak aku!!



3.  Minum maksima 3 cawan kafein atau kopi sehari. Em aku ni kuat minum kopi..

4.  Kurangkan kuantiti makanan terutama nasi dan tak bertambah.

5. Kunyah makanan lebih perlahan dan hayati makanan tersebut..ohoo

6. Tidak minum sejuk

Itu antara perkara yang aku bakal buat bagi merealisasikan impian ku untuk mendapat berat ideal..

Bersenam tidak menjadi resolusi aku sebabnya aku sekarang sentiasa sibuk di rumah menguruskan anak-anak ku dan membuat kerja rumah..Jadi,kira bersenam la tu kan.. :-) Tapi aku sedaya upaya mencuri masa untuk melakukan senaman kegemaran ku iaitu "PILATES" tetapi "WITH A TWIST".. Maksudnya, aku berpilates sambil pegang Irfan, bayi ku yang pada ketika ini baru masuk 4 bulan.. :-)


No comments:

Post a Comment